I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jadi la followers aq...

Sunday, February 06, 2011

Saya single lagi... (8 month later) I'm ENGANGED!!

Aida merupakan seorang student Diploma Sains Kesetiausahaan di Politeknik Port Dickson.. Aida masih single... Tiada lagi lelaki yang bertakhta di hatinya. Bukan tiada yang sukakan Aida tapi Aida yang menolak. Aida perlukan lelaki yang boleh memimpinnya. Yang mampu menjadi ketua keluarga. Bukannya lelaki yang tunduk kepada segala kemahuannya.

Pada pertengahan tahun 2010, Aida di hantar untuk menjalani latihan praktikal di Pejabat Pelajaran Daerah Jempol & Jelebu (PPDJJ). Ibunya juga bekerja di situ. Maka senanglah Aida untuk menyesuaikan diri di situ. Oleh sebab dirinya yang paling muda maka dialah yang sering diusik oleh kebanyakan pegawai lelaki di situ. Semuanya bukan main memanggil ibu Aida sebagai 'ibu'.

Tidak di sangka, tidak di duga. Seorang lagi lelaki yang muncul di hati Aida ketika di situ. Aku senang mengenalkannya sebagai Abang Razzi.

Abang Razzi merupakan salah seorang pekerja di PPDJJ itu. Selain itu, Abang Razzi turut mempunyai perniagaannya sendiri. Walaupun umurnya sudah menjangkau 30-an.. tapi cinta tukan buta..^_^

Hubungan mereka semakin rapat apabila mereka mula bertukar-tukar no telefon. Setelah itu mereka ada juga keluar bersama tapi bukan berdua!! Aku juga ikut serta... Entah macam mana perkenalan mereka yang sebenarnya mungkin sebagai 'adik' dan 'abang' bertukar menjadi 'abang' dan 'sayang'. Aku menjadi saksi cinta mereka bersemi(ceyh!! jiwang lak A.S hari ni.).
Dugaan demi dugaan datang menimpa. Langsung tidak menggoyahkan hubungan mereka. Cinta mereka tetap kukuh. Pada bulan November 2010, tamatlah tugas Aida di PPDJJ. Ketika Abang Razzi menghantar Aida pulang ke kampusnya, mereka mulai berbicara mengenai KAHWIN. Mungkin bual-bual kosong.
Mereka merancang ingin mengikat pertunangan pada tahun 2012. Namun jodoh di tangan Tuhan. Semalam, iaitu 5 Februari 2011 pertunangan antara Fairol Razi dan Nur Zahidah telah berlangsung. Sungguh tidak kita duga takdir yang dirancang oleh-Nya. Kita yang merancang DIA yang menentukan.

Yang menariknya, sewaktu rombongan lelaki sedang bersantap, Abang Razzi datang. Dengan sejambak bunga di tangan. Abang Razzi bersalam-salaman dengan keluarga pihak perempuan. Abang Razzi masuk ke rumah dan bertemu akak...

Abang Razzi: Sorry terlambat sikit... Abang cari bunga untuk sayang...
Inilah kuasa Tuhan. Memang tidak disangka. Rasa cinta yang dianugerahkan oleh-Nya telah diteruskan dengan suatu ikatan suci. Walaupun sedar tak sedar perkenalan mereka tidak sampai 10 bulan pun.
Untuk pengetahuan semua, Nur Zahidah itu adalah kakak A.S. Harap semua mendoakan agar pertunangan mereka diteruskan sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke anak cucu..



-AMIN-












3 comments:

biera said...

insyaallah.everything will b fine and it will end with a true relationship aka pernikahan..;D

Ayu Masitah bte Norhamizan said...

insya ALLAH...
ketentuan ilahi!!
akak kak ainur cntek la!!

Gadis Desa said...

kak biera > yup.. hope so..
ayu> eyh.. akak spe.. hhe... thx.. akak ayu un cntek..^_^