I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jadi la followers aq...

Friday, February 04, 2011

Mula-mula Cinta, Lepas tu Derita...

A.S tak tahu la nak tujukan post ni untuk kaum Adam atau kaum Hawa...
Nak kata kaum Adam ni tak buat benda ni, tak juga...
Tapi kalau nak cakap kaum Hawa tak buat benda ni, ramai jugak yang buat...

APA ITU CINTA?

First,
A.S minta maaf kalau post ni akan menyinggung perasaan sesiapa...
A.S just tak puas hati dekat sesiapa yang amalkan tabiat ni...

Suatu kisah.......................
Ada seorang gadis yang dikenali sebagai Gadis AM...
Hidupnya biasa-biasa saja...
Seorang umat Islam yang bertanggungjawab...
Lumrahlah kalau kat dunia ni ada cerita cinta...
Ramai lelaki yang mengenali Gadis AM...
Tapi tak pernah ada seorang pun yang berani luahkan perasaan diorang...
Maklumlah... budak sekolah

Dijadikan kisah...
Adalah seorang Mamat LD yang datang berkunjung ke hati Gadis AM...
Pada mulanya, mereka hanya berkawan biasa...
Lama-kelamaan mereka saling rapat...
Mamat LD kata bahawa beliau dah lama sukakan Gadis AM...
Tapi tiada kesempatan ingin mengenali Gadis AM lagi rapat...

Macam-macam ayat manis yang dituturkan...
Mamat LD cakap dia betul-betul sayangkan Gadis AM...
Macam-macam yang mereka tempuhi bersama...
Gaduh-gaduh manja sentiasa menghiasi perhubungan...
Macam zaman sekarang, bila dah sayang, terpatrilah satu ayat yang diberi nama COUPLE...
Mereka meneruskan hubungan ke arah itu...

Sebulan mereka bersama..
Mereka jarang berjumpa kerana masing-masing malu dan segan...
Cuma sekadar pandang-pandang bila terserempak kat sekolah...
Gadis AM pun mulai menyayangi Mamat LD...
Mereka saling menyayangi...

Namun sejak akhir-akhir ini...
Mamat LD jarang menghubungi Gadis AM..
Bila ditanya kenapa macam-macam alasan yang diberi...
Sampailah suatu hari Mamat LD langsung tidak memberikan khabar...
Gadis AM kecewa...
Kenapa begini akhirnya...
Apa salah Gadis AM sampai Mamat LD melupakannya...
Tidak cukupkah Mamat LD melukakan hatinya dengan kisah-kisah cintanya yang dulu??

Mana kata sayang yang dituturkan dulu?
Mana kata rindu yang dituturkan ketika jarang berhubung dulu?


Inilah lumrah dunia...
Dulu, bila belum dapat, bukan main lagi..
Sekarang, bila dah bosan, tinggal macam tu je...

Kepada insan yang terluka di luar sana..
Ingatlah.. Ramai lagi insan yang layak bertakhta di hati korang...

Kepada insan yang sering melukakan...
Hentikan...
Kita kecik lagi...
Banyak benda lagi yang boleh kita buat selain menyakiti seseorang..

No comments: