I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jadi la followers aq...

Saturday, September 17, 2011

'Cinta' Bukan Hanya Untuk Kekasih!!!

        Aku percaya. Dalam zaman yang moden ni, manusia pun dah 'memodenkan' diri mereka sekali. C.I.N.T.A. Orang ramai classify cinta tu dalam banyak benda. Cinta tu buta la.. Cinta tu indah la... Cinta tu ibarat bunga la... N bla bla bala...
       Bagi aku, cinta tu adalah satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah. Tak salah untuk mencintai, n tak salah untuk dicintai. Cinta adalah benda terindah yang ingin dimiliki umat manusia ni. Tapi..... cinta zaman sekarang ni dah disalah takrifkan!
       Contohnya... Side 1 sanggup bagi apa je untuk Side 2 sebagai bukti cinta dia pada Side 2. Ha??? Bagi apa je?? Betul ke? Sampai sanggup korbankan maruah sendiri. Hey, stupid idiot!!!! Jangan ingat orang putih yang tersohor sebagai penakhluk dunia pada zaman sekarang, kita pun kena ikut cara hidup diorang!
      Sebagai kaum hawa, kita bukan hidup untuk menunduk kepada lelaki. Lelaki wujud untuk dijadikan ketua. Tapi jangan pulak sebab tu korang nak tunduk dengan semua kehendak ketua syaitan dalam diri diorang.
      Der!!!!! Aku bukannya dengki ke apa.. Just because aku single mesti ramai orang akan cakap, "Eleh.. Kau jeles la tu sebab kau tak ada pakwe" atau "Lebih-lebih lak kau. Cuba kau kat tempat aku." atau " Bajet je minah ni." atau "Aku ada orang sayang. Kau ada??!!" atau "Da!! Whatever!!".
     Cuba korang fikir baik-baik... Kalau betul la bf korang tu sayangkan korang, apa salahnya dia buktikan cinta tu dengan satu ikatan perkahwinan. Kenapa mesti mahkota wanita yang perlu dipertaruhkan??!!!
     Aku cuma cakap benda untuk universal age. Actually bagi budak yang tak cukup umur macam aku, tak perlu lagi bercinta kot... Cuba fikir, apa yang pakwe korang boleh bagi kalo bercinta umor bwh 18 ni?? Bukan masanya la sayang.... Belajar betul-betul dulu. Kalau betul dia sayang korang.. dia akan tunggu korang sampai dia n korang dah berjaya nanti.
     Lagipun, cinta bukan hanya dinikmati dengan kekasih. Apa salahnya menyayangi/mencintai famly, sahabat? Cinta itu memang indah kalau tak disalah gunakan. Allah berikan cinta agar kita dapat lebih memahami Islam dan tulus menyayangi-Nya dan Rasulullah SAW. Bukan mempersendakannya..
    Kawan-kawan.... Allah mempunyai Cinta yang paling luas sampai kita sendiri tak terfikir seluas mana. Cukuplah kita abdikan cinta kepada Allah, kerana Allah pasti membalas cinta yang teragung di jalan-Nya.

                                                                            P/S : Love ALLAH more than everything.. Cause Allah
                                                                                   will create the most suitable Lover for you.
                                                                                   Wanita yang baik untuk lelaki yang baik n lelaki yang
                                                                                   baik adalah untuk wanita yang baik.

Sunday, September 11, 2011

Manusia-manusia.........

     Manusia. Kalau nak cakap pasal manusia. Tak habis agaknya. Diri sendiri pun kalau nak diceritakan sangat rumit. Apa lagi pasal perangai-perangai manusia yang ada dalam dunia ni.
     Aku malaslah nak cakap pasal apa yang jadi dekat sekeliling aku. Penat sebenarnya nak fikir pasal orang yang langsung tak fikir perasaan orang. Kalaulah kita perasankan... Mana ada orang kat dunia ni yang tak selfish! Even aku pun macam tu. Kalau tak buat apa aku nak tulis pasal perasaan aku kat sini!!!
     At first, mey mey arh semua orang ada yang betul n ada yang salah. Contoh la kan. Ada dua orang selisih faham. Side 1 cakap dia tak suka Side 2 yang riak nak mamp**. Side 2 pula nak defend diri la kononnya dia buat sesuatu benda tu bukan sebab nak riak ke apa n bla bla bla..
    Hello guys!!!! Mana ada orang nak mengaku diri dia tu TERUK??!! Termasuklah aku. Buka pekung sendiri namanya. So, kalau dalam situasi macam ni. Bukan ke baik diam je. Tenteram sikit. Dua-dua takkan sakit hati. Sebab, kita sendiri pun tak tahu side mana yang salah bebenornya.
     So, kalau korang sakit hati ke apa ke. Just shut your mouth! Tak payah la nak bersuara supaya orang tahu apa yang kita rasa. Matang la sikit. Aku tahu korang pun tahu kan. Nobody care! Tak ada sesapa kesah pasal perasaan kita ke hidup kita ke kisah sedih kita ke kisah gembira kita ke. Mungkin ayat aku 'kejam'. Tapi itu hakikat ok!!! Aku tak nak la jadi hipokrit.
     Zaman sekarang ni, semua orang akan hidup dalam kisah yang penuh dengan ATTENTION! Ye la.. Siapa yang tak nak perhatian. Bila hidup korang normal, the attention is over! So, korang akan teruskan perhatian korang tu with a story that full with pathethic one! Lama-kelamaan, ia akan jadi normal bagi korang. Hidup dalam keadaan yang penuh sandiwara while you can through all of it!
    Kawan-kawan..... Allah ciptakan sesuatu masalah tu bukan untuk membebankan.... Even, DIA takkan menguji makhlukNYA di luar kemampuan kita. So, kita tak perlukan orang lain untuk jadikan buku kehidupan korang jadi LARIS! 
    Sayangnya, hanya 1 dalam berjuta yang masih sedar perkara ni. N mungkin aku pun bukanlah salah satu daripadanya. I make mistakes too!! Tapi ini kebenaran yang aku nak kongsi bersama. 
    Plizzzz....... dunia tak bernyawa untuk kehidupan kita je! Orang lain pun ada kehidupan yang lebih 'menarik' dari korang. Kalau asyik cerita pasal kita je, parah la. Macam mana dengan kisah beribu juta orang lain dalam dunia ni?
    Sesetengah yang baca post ni maybe akan cakap, "Eii.. Aku bukan macam tu la." atau "Ye ke.. Mana ada.. Aku pun fikir jugak pasal orang lain.." atau "Biasa la tu bro!" atau "E'eleh. Bukan aku je kot. Kau pun sama." atau "Da!!! Whatever!!". Apa-apa pun. Ianya lawak! Lawak bila korang cakap macam tu untuk diri korang sendiri. Bak kata orang putih, "speaking for youself!
    HAHAHA... lawak seyh! Moga kita semua sedar yang Allah itu 'Maha untuk segala Maha'. Always remember. "Allah always enough for us!'


                                                                                                            P/S : Be open-minded. This post 
                                                                                                       might possible to someone that have a 
                                                                                                       sane mind.

Friday, September 09, 2011

Kau lagi!! (Mainan Cinta) Bab 1 : Part 1

         

      Hari ini adalah hari pertama persekolahan Rayana Damia di MRSM Selangor. Pastinya pelbagai perasaan  bercampur baur ketika ini. Di samping sedih meninggalkan teman-teman lama, Rayana turut berasa gemuruh.
         
         Kegemilangannya ketika PMR tidak bermakna usahanya sudah ternoktah. Rayana harus membanggakan ibubapanya sekali lagi untuk SPM kelak. Rayana tahu ibubapanya berbangga dengan pencapaian Rayana apatah lagi dia berjaya mengambil tempat di sekolah berasrama penuh.

         Setelah mengetahui kelasnya di 4 Saidina Ali, Rayana bersama teman barunya, Miera bergandingan ke kelas berkenaan. Keadaan kelas tersebut agak bising. Mungkin penghuninya adalah pelajar lama. Jika tidak, pasti mereka akan terdiam tidak berkutik sepertinya kini.

         Rayana mencari-cari tempat kosong di dalam kelas yang kelihatan sesak itu. Dirinya semakin gelisah apabila Miera telah bertemu sahabat lamanya ketika sekolah rendah lantaran mendapatkan tempat kosong untuk dirinya sendiri. Sudah tentulah dirinya sudah tidak dihiraukan.

        Sedang Rayana dalam keadaan terpinga-pinga dalam suasana baru itu, seorang pelajar lelaki menyapanya. "Kau cari apa?", suaranya seakan-akan hendak menolong.

        "Ada tempat kosong lagi tak?" Rayana begitu berharap 'Zaqril E' iaitu nama yang tertera di kemejanya dapat membantu. "Ow... Itu... Setahu aku temoat tu memang tak ada pemilik.", Zaqril menunjukkan satu tempat kosong paling di belakang. Rayana memang tiada pilihan.

        "Okey. Terima kasih," Rayana terus melangkah namun tawa kecil dari lelaki tadi kedengaran. Entah apa yang ditertawakan. 

        Melihat seorang guru memasuki kelas, Rayana segera meletakkan beg di tempat tadi. Salam diberi. Para pelajar dibenarkan duduk sebelum guru itu berbicara, "Bagi yang belum kenal saya, nama saya Aisyatul Laila selaku guru kelas kamu semua pada tahun ini. Saya sudah sedia maklum ada lebih kurang 8 orang pelajar baru di dalam kelas ini. Sila perkenalkan diri."

        Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan diri. Apabila tiba giliran Rayana, Rayana berdiri dengan pantas kerana berdebar-debar. 'Prakkk.....' Satu bunyi kedengaran. Rayana termangu seketika apabila seluruh kelas ketawa sambil melihat ke arahnya. Setelah itu, barulah dia menyedari dialah yang mengeluarkan bunyi tadi.

        Rayana tercari-cari dari mana datangnya bunyi tadi. Alangkah terkejutnya dia apabila menyedari bajunya terkoyak. "Hai.. Mangsa baru mengena lagi. Apalah nasib baju terkoyak hari pertama, ek." suara itu disambut dengan gelak-tawa.

        Rayana terasa ditampar-tampar mendengar sindiran itu apatah lagi dirinya dijadikan bahan ketawa pada waktu itu. "Gam UHU tu. Susah nak cabut kot." 'Ha? Gam? Mana budak tu tahu?'. Rayana mencari siapa pemilik suara tadi. 'Eh, Zaqril E!'.

        Hari pertamanya bersekolah, musuh pertama telah ditemukan. Apalah nasib badan...

                               
Pertama Kali Kita Berjumpa

Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman

Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan

Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Whoaaa.....Hoaaaa...

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu


(Music Bridge)

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu