Life is a long road that we must through to the end of it without any transport.Don't have fun too much, you might suffer at the end.Don't be sad too much, we don't live for it.
Persahabatan.... entah la.. Tak ada benda yang sempurna dalam dunia ni. Termasuklah benda ni. Ada macam-macam jenis pihak dalam dunia. Sampai tak tahu nak sebelahkan yang mana. Tak kisah la satu masalah diselesaikan ke.. masalah lain confirm akan datang balik. Jadi... tunggu dan terus menunggu..
Ain kembali tidur setelah selesai mendirikan solat subuh. Penat ambil last paper untuk semester terakhir masih tak habis lagi. Semalam last paper Ain setelah lebih 4 tahun jalani pembelajaran dalam ijazah sarjana kedoktoran. Tapi! Itu tak penting. Macam mana dengan Ain n Difzad? Kalau dikira tolak tambah. Dah lebih 7 tahun lamanya hubungan diorang. Apa la ceritanya sekarang ya?
Ain terjaga. Deringan telefon bertalu-talu. Urgh! Tak boleh tengok orang senang betul! Nama Difzad
tertera di skrin telefon.
Ain : Hello! Marah betul bunyinya.
Difzad : Amboi! Marah nampak. Ain kat mana tu. Kenapa tak ambil Jad lagi?
Ain : Ha? Ambil Jad apa benda pulak ni. Jad kan still kat oversea. Apa yang Jad mengarut ni ha?
Difzad : Hurm… Nampak sangat la orang tu dah lupa kat kita. Ain! Ain lupa ke Jad balik Malaysia hari ni?
Ain : Ha! Ain berlari ke arah kalendar di dalam biliknya. Eyh, iyalah! Difzad balik hari ni.
Difzad : Dah dah… Dengar suara pun tau Ain baru bangun. Pergi siap cepat. Dah lama Jad tunggu ni.
Ain : Ok ok! Talian dimatikan.
Ain tiba di KLIA. Difzad melambai dari jauh. Ain terus park kereta di sebelah Difzad.
Difzad : Awalnya. Baru je 3 jam Jad tunggu.
Ain : Ha! Perli la lagi. Tau la orang lambat. Sory! Betul-betul lupa.
Difzad : Takpe. Asalkan dapat tengok muka Ain. Ain tersenyum.
Ain : Ain terus hantar balik rumah parents Jad, eyh?
Difzad : Up to you.
Ain : Kalau macam tu terus pergi sana la. Ain pun dah sebulan tak balik kampong. Difzad hanya terdiam setelah menyedari sesuatu di jari manis Ain. Namun, Ain masih menyambung bicaranya. Tak sedar agaknya apa yang dimenungkan Difzad.
Difzad : Ain..
Ain : Yup?
Difzad : Mana cincin tuning kita? Ya! Sebelum Difzad further study kat Australia, ikatan pertunangan telah terjalin antara pasangan ini.
Ain : Ha! Owh.. Err…. Ain terkejut. Jari manisnya dilihat. Rasanya dah lama cincin tu ditanggalkan dari jari itu.Ta.. tadikan Ain nak cepat. Lupa nak pakai. Tolong tengokkan dalam hand bag Ain. Difzad mengambil kotak baldu merah dari beg tangan Ain. Isinya masih cantik seperti dulu. Seolah-olah tidak pernah disentuh.
Difzad : Lawa lagi cincin ni ye..
Ain : Of course la.. Orang jaga betul-betul tau. Ain berselindung.
Difzad : Yeah. Of course…
Perbualan terhenti di situ sehinggalah mereka tiba di hadapan rumah Difzad. Difzad terus keluar tanpa sepatah kata dan terus masuk ke rumah ibu bapanya yang lebih 3 tahun tak dikunjungi. Ain meninggalkan rumah itu tanpa menyapa penghuninya.
‘Bukan masanya’-Ain
Malam tu, Ain termenung melihat cincin tunangnya. Kali terakhir Ain pakai cincin tu masa hari terakhir Difzad di Malaysia iaitu 3 tahun yang lalu. Kenangan dulu masih jelas dalam ingatan Ain.
4 Januari 2015
Malam itu, Difzad n Ain makan malam bersama-sama.
Ain : So, dah ready nak pergi Australia?
Difzad : Ain cakap macam nak Jad pergi cepat-cepat je. Jad pergi lagi 2 bulan la.
Ain : Bukan macam tu. Orang tanya je kan. Hurm.. Apa benda penting yang Difzad nak cakap tu?
Difzad: Ain tau kan Jad sayang Ain. Waktu pernah pisahkan kita n kita jumpa balik. Mungkin dah takdir. Banyak benda yang Jad rasa hidup ni kadang-kadang macam sungai. Tak tentu hala tujunya.
Ain : Difzad Haikal! Ain tau la Jad tu penulis novel. Jangan jiwang kat sini boleh tak? Buat naik bulu roma je. Just straight to the point, ok!
Difzad : Relax relax. Ok.. Jom bertunang!
Ya! Memang straight to the point sangat Difzad nampaknya. Sebab tak nak hampakan seseorang yang sangat Ain sayang, pertunangan mereka di langsungkan. Setelah itu, Difzad pergi meninggalkan Ain. Andai Difzad tau. Banyak benda yang Ain lalui sendiri di tanah air yang Difzad tinggalkan. Terlampau banyak. Sampai Ain dah tak sanggup nak jadi teruskan semuanya.
Ain cintakan Difzad. Tapi Ain pun sayangkan persahabatan antara dia dengan Fakhrul. Fakhrul pernah muncul di dalam hati Ain sebelum Ain kenal Difzad. Namun, hubungan mereka putus sebab Fakhrul terpaksa pindah mengikut keluarganya. Siapa sangka, lepas 2 tahun Difzad dan Ain bersama, Fakhrul muncul sekali lagi. Menagih cinta yang tak mungkin untuknya.
Ain dah jelaskan semuanya dekat Fakhrul. Nasib baik Fakhrul faham. Tapi, Allah tu Maha Pencipta yang layak menguji setiap hamba-Nya. Kakak Fakhrul datang jumpa Ain tak lama sebelum Difzad pergi ke Australia. Fakhrul menghidap barah otak. Nama Ain yang meniti bibirnya pada setiap hari.
Kerana rasa ihsan Ain, Ain kembali ke pangkuan Fakhrul. Tanpa pengetahuan Difzad, yang pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara.Cincin ditanggalkan supaya Fakhrul tak mengesyaki apa-apa. Tiap masa sendirian Ain dihabiskan dengan menangis. Cukup lama derita tu. Menyakiti kedua-dua orang yang disayanginya. Ain dah tak tahan lagi.
Teringat lagi ketika Ain melafazkan cintanya kepada Fakhrul. Waktu tu, itu sahaja yang mampu Ain lakukan untuk menyenangkan semua pihak.
Fakhrul : Awak.. Awak tak penat ke jaga saya kat hospital ni tiap-tiap hari. Patutnya lepas habis kuliah awak rehat la kat rumah. Ain tersenyum.
Ain : Eeii… Perasannya awak ni. Saya datang sini bukan nak jaga awak je tau. Saya pun study jugak…
Fakhrul : Yela.. Yela.. awak je la yang menang…
Ain : Ha! Tau pun…
Fakhrul : Awak…
Ain :Ye?
Fakhrul : Kenapa awak cari saya balik? Ain terdiam seketika.
Ain : Kenapa tanya?
Fakhrul : Awak tau saya sayang awak sangat-sangatkan….Saya tak nak awak ada kat sisi saya sekarang just sebab saya sakit. Saya cintakan awak. Saya nak awak bahagia. Walaupun bukan dengan saya.
Ain : Awak.. Saya datang sini, tu semua kehendak saya. Saya sendiri yang nak datang sini. Kalau saya nak pergi, saya akan pergi sendiri… Tak payah ada orang yang nak kena ingatkan saya.
Fakhrul : Jadi, awak akan pergi jugakkan?
Ain : Saya takkan pergi.. Mata Ain ditenung untuk mencari kebenaran kata-kata itu. Saya masih kat depan awakkan. Saya tak pergi…
Fakhrul : Awak cintakan saya? Renungan masih berbalas. Air mata mula meniti di tubir mata Ain.
Ain : Ya! Saya cintakan awak… Keliru. Itu yang Ain rasakan dengan perasaannya. Tapi, dia betul-betul yakin dengan apa yang baru dilafazkannya sebentar tadi.
Dalam pada itu, pemergian Difzad tanpa khabar cukup mengecewakan Ain. Sejujurnya, cinta Ain mula berpaling kepada Fakhrul. Difzad…. Lelaki yang sangat tulus mencintainya… Sentiasa menukarkan tangis kepada tawa… Memberi cinta selepas duka… Namun, cerita cinta lama Difzad sentiasa menghantui Ain. Mungkin itulah padahnya bercinta dengan penulis terkenal. Dan Difzad juga tak pernah menyalahkan mereka atas rasa sakit hati Ain. Itu amat menyakitkan. Difzad juga tak faham apa erti pengorbanan.
Fakhrul…. Orang yang pernah meninggalkan Ain kerana turuti kata ibubapa… Tapi… Fakhrul sangat ikhlas dalam cinta.. Setia pada yang satu… Tahu erti pengorbanan…. Tau erti cinta sebenar…. Saat itu, memang benar cinta Ain milik Fakhrul seorang. Fakhrul! Hanya dia.
Seksa bagi Ain untuk menyembunyikan hubungan ini. Hanya kakak Fakhrul yang tau pasal mereka. Bagi Ain, ini rahsia terbesar dalam hidupnya. Tapi Fakhrul pula tak tahu apa-apa. Yang dia tau, dia ingin jalani hari-hari terakhirnya bersama Ain.
Ain : Awak… Waktu makan ubat. Nurse tu dah bising awak tak makan ubat lagi tau.
Fakhrul : Ish.. Nurse tu tak boleh tengok orang senang betul la.
Ain : Habis tu, awak senang la kalau awak tak makan ubat? Macam nak sihat kalau macam tu.
Fakhrul : Mungkin lagi senang…
Ain : What do you mean?
Fakhrul : Senang… Lebih senang untuk lepaskan awak.. Ain terkejut dengan kata-kata itu. Dia masih belum bersedia kehilangan Fakhrul.
Ain : Jangan cakap macam tu boleh tak? Air mata yang selalu ditahan setiap kali melihat keadaan Fakhrul yang semakin tak stabil terlepas juga.
Fakhrul : Awak… Cepat atau lambat… Awak tahu saya akan pergi jugak kan… Awak sepatutnya sedar pasal benda tu.
Ain: Tak… Esakan kecil masih terdengar. Awak.. Penyakit bukan penentu hidup dan mati seseorang. Selagi awak masih hidup, awak jangan mengaku kalah. Takde penyakit yang takde penawar.
Fakhrul : Tapi penyakit saya tak ada penawarnya….. Suasana hening seketika.
Ain : Awak.. Tolong janji awak takkan putus asa…
Fakhrul : Please.. mintaklah apapun.. Tapi jangan yang itu…
Ain : Saya.. Saya sayangkan awak….
Itu perbualan terakhir sebelum keadaan kesihatan Fakhrul semakin teruk. Ain masih tak putus asa berharap Fakhrul akan sembuh. Namun, apa harapan Ain benar-benar hancur apabila doctor mengatakan Fakhrul sudah tiada harapan lagi. Sebagai penuntut kedoktoran, Ain tahu maksudnya. Ain pantas mendapatkan Fakhrul di wadnya.
Fakhrul : Doktor kata apa?
Ain : Hurh (mengeluh).. Doktor kata awak sihat sayang…
Fakhrul : Pandai doktor tu menipu, ek?
Ain : Hrmm…
Fakhrul : Awak.. Jom keluar…
Ain : Keluar? Pergi mana?
Fakhrul : Dah lama saya kat dalam wad ni. Tak pernah keluar. Anggap la ini sebagai hajat terakhir saya. Fakhrul seperti tau umurnya tak panjang lagi. Ain mendekati Fakhrul.
Ain : Awak nak pergi mana? Air mata ditahan. Ain sedar.. Dapat dirasakan hatinya akan pergi tak lama lagi. Biarlah ini jadi kenangan terakhir mereka.
Hari itu, Ain dan Fakhrul menghabiskan masa berjalan-jalan. Menikmati keindahan alam. Macam-macam tempat diorang pergi. Gelak tawa tak pernah lekang dari bibir masing-masing. Seolah-olah tau, itu senyuman terakhir yang akan terlihat ketika mereka bersama. Mereka memilih untuk melihat matahari terbenam sebagai destinasi terakhir. Bersandar di pokok menyaksikan keindahan ciptaan Allah itu. Sungguh mendamaikan.
Fakhrul : Awak… Matahari tu dah nak tinggalkan awak..
Ain : Tinggalkan saya? Bukan dia tinggalkan kita ke? Mereka berpandangan.
Fakhrul : Saya rasa macam nak ikut matahari tu la..
Ain : Apa awak cakap ni? Ain mula panik. Keadaan Fakhrul saat lemah ketika itu.
Fakhrul : Awak… Saya macam matahari tu. Walaupun saya pergi, ia akan muncul balik.. Muncul balik dalam hati awak. Sama ada awak simpan atau lepaskan je.. Tapi, saya kena pergi.
Ain : Awak.. Jangan tinggalkan saya! Jerit Ain sambil menggoncang tubuh Fakhrul yang sudah tidak bermaya itu. Tangisannya sudah tak dapat dibendung lagi.. Awak! Mengucap awak… Ain membantu Fakhrul mengucap dua kalimah syahadah.
Fakhrul : Terima kasih sebab bagi saya kenangan terindah ni. Suaranya serak dan berat. Saya sayang awak.. Saya pergi dulu..
Benarlah… Fakhrul pergi meninggalkan Ain ketika itu. Ain melepaskan tangisnya di hadapan jasad Fakhrul. Secepat ni Allah tarik cinta yang pernah Ain abaikan dulu. Berat untuk terima hakikat ini. Fakhrul akhirnya pergi meninggalkan Ain sekali lagi. Tapi kali ini untuk selama-lamanya.
Lebih 8 bulan Ain mendiamkan diri dengan kehidupannya. Menyibukkan diri dengan pelajaran untuk menutup kesedihan yang masih belum pulih. Pusara Fakhrul selalu dikunjungi untuk melepaskan rindu. Hanya bacaan surah Yassin yang dapat dihadiahkan.
‘Moga roh awak tenang kat sana..’-Ain
Andhika Pramata - Tersenyumlah
Mengapa kau bersedih saat cinta pergi
Biarlah saja bila semua harus terjadi Hidup bukan sampai disini waktu terus berjalan Yakinlah ada bahagia yang akan kau rasa dalam hidupmu
(*) Dan tersenyumlah sayang tanpa semua pedih dihati karna cinta masih ada dan s'lalu ada percayalah
Kadang cinta tak berarti sering menyakiti Tapi cinta yang sejati meski t'lah pergi kan datang lagi
(**) Dan tersenyumlah sayang lepas semua pedih dihati karna cinta masih ada dan s'lalu ada oh percayalah
(***) Jangan kau tutup hatimu Raihlah bahagia hidupmu karna cinta pasti ada dan s'lalu ada Oh...percayalah
Bunyi guruh dan kilat yang kuat menyedarkan Ain dari lamunan masa lampau sepanjang beberapa tahun yang lalu. Kini, Ain harus berdepan dengan kenyataan. Panggilan dari Difzad sebulan yang lalu barulah mengingatkan Ain kepada tunangnya.
‘Jad…Maafkan Ain.. Difzad tak patut dilayan macam ni.. ‘-Ain
Keesokan harinya, Ain menunggu Difzad di taman permainan berdekatan rumah mereka..
Ain mengambil keputusan untuk berterus terang. Mungkin itu lebih baik. Difzad tiba.
Difzad : Assalamualaikum..
Ain : Waalaikumsalam...
Difzad : Ada apa ni? Tiba-tiba je nak jumpa.. Buat suspen je.. Ain agak terkejut. Difzad berbeza dengan saat terakhir mereka bertemu semalam. Semalam, Difzad macam marah dekat Ain.
Ain : Ain nak bagitau Jad satu benda…
Difzad : Apa?
Ain : Ain.. Hurh.. Ain..
Difzad : Ain apa?
Ain : Ain cintakan orang lain. N orang tu bukan Jad. Kata Ain sambil tunduk. Tak sanggup nak tengok reaksi muka Difzad.
Difzad : Ain cintakan siapa?
Ain : Difzad tak kenal dia…
Difzad : Dia kat mana sekarang?
Ain : Dia dah pergi tinggalkan kita kat dunia ni….. Ain tak nak Jad hidup dengan orang yang tak cintakan Jad. So, just akhirkan semua ni. Lagi baik untuk kita. Dua-dua diam.
Difzad : Jad tak kisah….
Ain : Apa maksud Jad? Ada nada terkejut pada soalan itu.
Difzad : Ain Syafina… Jad dah tahu semuanya.. Dah lama tahu…
Ain : Ha?
Difzad : Pasal Fakhrul..
Ain : Jad kenal Fakhrul?
Difzad : Sebelum kita bertunang, akak Fakhrul mintak tolong Jad pertemukan korang. Mulanya, berat jugak Jad nak buat semua tu. Jad tau, hati Ain bukan untuk Jad lagi lepas tu. Sebab tu Jad ajak Ain bertunang sebelum pergi Australia. Jad tak nak Ain terus tinggalkan Jad. Jad diamkan diri kat sana untuk beri peluang cinta Fakhrul n Ain bersatu balik. Jad fikir, kalau Fakhrul masih hidup lepas Jad balik Malaysia, Jad akan lepaskan Ain. Tapi, tu semua ketentuan Allah kan…
Ain : Ok..Ain faham.. Terima kasih untuk semuanya. Jad patut dapat lebih baik dari Ain. Cincin ni Ain akan pulangkan balik ikut adat kita. Cara baik keluara Jad datang meminang. Cara baik keluarga Ain pulangkan. Ain pergi dulu.
Difzad: Ain.. Tunggu kejap.. Ain berpaling.
Ain : Ya?
Difzad : Boleh tak Ain bagi Jad satu lagi peluang?
Ain : Peluang ? Peluang apa?
Difzad : Jad bagi peluang Ain untuk bertemu cinta yang Jad takkan pernah dapat bagi. Sekarang, Jad minta tolong Ain bagi Jad peluang gantikan tempat Fakhrul. Jad janji Jad takkan paksa Ain untuk buang Fakhrul dari hati Ain. Tapi, bagila Jad peluang untuk ada kat hati Ain sekali lagi.
Ain : Difzad Haikal…. Buat acap kalinya air mata bertamu kembali.
Difzad : Ain Syafina….. Jad cintakan Ain dan akan tunggu sampai bila-bilapun untuk hati Ain terbuka lagi sekaliuntuk Jad. Tolong terima Jad…….sekali lagi…
Ain hanya mengangguk. Kata-kata tak dapat menggambarkan lagi perasaannya sekarang. Difzad yang
Ain kenal dulu bukan seperti yang Ain kenal sekarang. Difzad yang buta pasal erti pengorbanan dah bagi sesuatu yang sangat besar dalam hidup Ain. Ain kembali sedar sebab apa dia pernah cintakan Difzad Haikal. Difzad tersenyum juga dibalas oleh Ain. Ini bukan pengakhiran cinta mereka.. Ini permulaan….