I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jadi la followers aq...

Saturday, February 19, 2011

Di saat Aku masih Mencintaimu

A.S nak tulis sebuah cerita dongeng lagi..
Semoga terhibur...
Dan hayati kisah ni...
Sorry kalau A.S jiwang pulak kali ni..^_^



Dulu, kami rapat sangat... Aku dengan dia macam saling memerlukan. Dia sangat sayangkan aku. Dia pendam rasa sayang dia bertahun lamanya. Setelah 4 tahun barulah aku sedar. Ramai yang bersamaku sebelumnya. Ternyata aku tak nampak bahawa dialah yang terbaik. Sampailah suatu hari kawan baiknya yang memberitahu isi hatinya kepadaku. Ketika itu, aku kembali single.
Aku memberanikan diri untuk bertanya. Rupanya betullah. Tak sangka dunia ni kecil je. Aku tak sangka ada orang sanggup tunggu aku selama tu. Kitorang akhirnya bersama. Tapi aku ego. Kerana keegoan aku nilah membuatkan semuanya berubah sekelip mata. Hati ni nakal na menguji si dia tapi buruk padahnya.
Macam-macam aku buat. Kerana betul-betul sayangkan aku, dia masih bersabar. Kenapa aku buat dia macam tu? Padahal dia baik dengan aku. Dia sayang aku sangat-sangat. Aku? Ya! Aku sayang dia. Tapi mungkin aku ego. Aku pelik.
Suatu hari aku buat lagi. Kali ni dia betul-betul hilang sabar dengan aku. Aku buat dia betul-betul benci aku. Ya! Kali ni ego aku tinggi sangat. Aku seolah-olah benci dia. Aku lupa segala-galanya. Akhirnya, kalimah itu terucap juga.
"KiTa PuTuS"
Aku terlupa. Aku ingat aku dah bencikan dia. Aku block dia dekat friend list aku. Seandainya aku ingat yang aku masih sayangkan dia masa tu.....
"Tolong ingatkan aku...
Kisahku tersedar...
Dengan saku penyeluk masa...
Kau dampingi aku...
Setiap detik jantungku berdetak...
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu...
Bila marah merasuk minda...
Kecewa menyelubungi jiwa..
Aku lupa..."
Sekarang dia dah jumpa orang lain. Mungkin diorang bahagia bersama. Mungkin jugak dia dah lupakan aku. Kalaulah aku dapat ubah keadaan tu. Aku janji akan lebih hargai dia. Bagi aku, dia adalah yang terbaik untuk aku. Susah nak cari pengganti sebaik dia.
Kini, apa lagi yang aku boleh buat. Aku hanya memerhatikan dia. Berharap dia kembali kepada aku. Tak tergambar rasanya sakit hati ni, jiwa ni bila dengan kekasih dia. Aku rindu saat kitorang bersama..
"AwAk... MaAfKaN sAyA... sAyA sAyAnGkaN aWaK... sEmOgA AwAk BaHaGiA dENgAn Dia"
"Mengapa kau pergi...
Mengapa kau pergi...
Di saat aku mulai mencintaimu...
Berharap kau menjadi kekasih hatiku..
Malah kau pergi jauh dari hidupku... "

No comments: