Life is a long road that we must through to the end of it without any transport.Don't have fun too much, you might suffer at the end.Don't be sad too much, we don't live for it.
Liana masih diam tidak berkutik. Cukuplah! Apa yang sudah berlalu, biarlah pergi bersama angin dingin malam itu. Pemergian cinta tidak bererti harus berakhir sengsara. Dirinya sendiri mahukan dia bangun. Bangun daripada semua kejatuhan. Dirinya juga sudah penat dengan semuanya. Aku tidak mampu lagi menoleh ke belakang... rintih hati kecilnya.
Dia sudah jemu dengan air mata. Kadang-kala, jika ada esak ingin bertamu segera dibuang jauh-jauh. Berat juga bebanan itu. Ingin terus dipendam. Baginya, air mata itu langsung tidak membantu apa-apa. Namun, hati kecilnya meronta agar derita itu dilepaskan. Biarpun seketika.
Liana mengeluh. Apa lagi yang dia inginkan? Allah sudah tunjuk semua taburan dunia di depan mata. Dia miliki segalanya. Tiada lagilah perkara yang jika dia tidak miliki, ajal jawabnya. Setiap hari, cela yang sebesar zarah pun hendak diprotes. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kesenangan yang digenggami.
Setiap masa, hidupnya sentiasa kekurangan. Sedangkan jiwanya sudah terbeli dengan kemewahan, Liana tidak lagi menemui kepuasan. Dirinya tidak bahagia. Kasih keluarga baginya tidak pernah mencukupi. Kesilapan yang hanyut dek hasutan syaitan durjana menjadikan dirinya mangsa! Tidak ada gembira terasa dikecapi. Walaupun, senyuman selalu beriak manja di bibirnya.
Cinta. Kasih yang diraih oleh teman sekeliling menjadikan dirinya terasa kerdil. Terasa asing dari dunia mereka. Kealpaan membuatkan dia lupa akan kasih Allah agar dia tidak mendekati perkara yang mendatangkan kemurkaan-Nya. Hanyut dengan dunia yang fasik merasakan dirinya kehausan belaian jejaka. Bukannya dia tidak sedar, semua itu haram !
Dia masih berjalan tanpa hala tuju. Jalan pulang luas di depan mata belum menjadi pilihan. Kebahagiaan dunia masih menjadi santapannya. Hanya bisikan halus itu mampu menggoyahkan pendiriannya. Bukannya dia tidak sedar, perjalanannya sedikit tersasar.
Liana masih muda. Usianya belum cukup lagi jika mahu berbicara soal keadilan. Sesungguhnya, orang yang tiada ilmu itu tiada hak menyuarakan keadilan! Jauh di sudut hati, rasa syukur sentiasa terasa namun tidak terucap. Syukur kerana nyawanya masih tersisa. Jalan pulang masih diingati. Akan tetapi mengapa hatinya agak payah mahu pulang.
Sudahlah! Berhentilah engkau termakan dengan pujuk rayu syaitan itu! Lihatlah dirimu, Liana. Lemah sungguh imanmu. Mana perginya semangat anak solehah yang pernah ada di dalam jiwamu dulu? Bukankah itu matlamat hidupmu. Membahagiakan orang itu adalah agenda kehidupan. keluh hatinya...
Walaupun waktu itu Liana begitu kecil tetapi keinginannya penuh kewarasan. Semua ilmu baru yang dipelajari seperti mahu diamalkan satu persatu. Dirinya yang bahagia dengan kasih keluarga mahu membalas jasa mereka. Siapa tahu, dari kecil lagi dia sudah bisa menyembunyikan tangis kehampaan.
Fikiran yang dahulunya lapang. Tidak pernah sesak dengan kedukaan. Tidak pernah jemu dengan kegembiraan berubah menjadi sempit... kelam... Mengapa dusta kehidupan ini harus berlaku? Liana tahu, ini adalah takdir-Nya. Tetapi, bahtera bahgia dari Tuhan makin jauh darinya. Menyebabkan dirinya menyalahkan ketentuan Ilahi yang telah terjadi.
Sekarang, sudah tiba masanya. Liana harus belajar berdiri walau disadung oleh ratusan iblis! Jika benar bahagia yang dipinta, Allah hanyalah satu-satunya jalan. Dengan agama Islammu, engkaukan bahgia. Insya-Allah. Peganglah erat-erat ketelusan cinta Maha Agung itu. Rugilah kau kalau ia terlepas lagi.
Cukuplah keperitan itu diadukan kepada Allah. Tidak usahlah ragu dengan ketentuan-Nya. Cinta Allah itu jauh lebih bahgia. Liana menitiskan air matanya. Jika sebelum ini, mungkin air mata itu hanya untuk cinta makhluk yang membawa keperitan. Tetapi, kali ini tangisan ini membawa kebahagiaan.
Allah... KasihMu padaku begitu luas. Apalah dayaku hendak mengatasinya.. Jurang alpa kenikmatan perantara segalanya. Lupa pula nikmat itu datangnya dariMu. Aku cinta padaMu, Allah. Lebuh dari cintaku kepada mana-mana jejaka di atas muka bumi ini. Hanya Engkau yang mampu memberiku petunjuk. Petunjuk menghadap Ilahi!
Kini, Liana bertekad. Langkahnya selepas ini haruslah lebih kuat. Biarlah halangan yang tiba selepas ini ditempuhi dengan agama suci Islam sebagai pegangan. Genggaman Islam yang dicintainya itu mahu dia bawa sehingga deruan nafasnya terhenti.
Kerendahan diri ini seperti memaksa dirinya bersujud di kaki bonda saat ini juga. Wanita itu tidak berdosa. Hanya bebanan ujian dariMu membuatkan dirinya terseksa. Tetapi aku percaya. Hanya Engkau jalan keluar segala derita ini.
Allah... Ya Allah... Bawalah aku jauh dari bahgia dunia ini... Ciptakanlah kebahagiaan akhirat yang menanti untukku. Biarlah seksa itu aku tanggung di sini. Janganlah Kau bawa hingga ke sana. Aku ingin berdamping denganMu di alam syurga. Allah... Hanya Engkau yang aku cintai. Kau kasihilah aku sepanjang perjalananku ke sana... Amin... Amin... Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin...
Kita dah lama bercinta. Saya sayang awak sangat-II. Dulu, awak selalu call saya. Kita selalu berborak sampai tengah malam. Bila saya dah tertidur, barulah awak tekan button merah tu. Tapi semuanya berubah sejak hari tu.
Masa tu, saya dekat kedai buku. Saya tunggu awak lama. Lepas boring belek-II buku dalam kedai tu, saya mundar-mandir dalam kedai tu. Pekerja dalam kedai tu tengok saya lain macam je. Saya yang tengah bosan tu boleh pulak tak perasan acik tu tengah mop lantai. Saya jalan atas lantai yang licin tu. Tiba-tiba, saya rasa saya hampir tergelincir.
Nasib baik, ada sorang lelaki cepat-cepat tarik tangan saya. Saya imbangkan badan. Saya terkaku tengok lelaki yang selamatkan saya tadi. Saya tak perasan awak baru masuk kedai tu. Awak panggil saya. Muka awak marah. Awak terus pergi.
Saya terkejut bila sedar lelaki tadi masih pegang kedua-II tangan saya. Saya terus kejar awak. Dalam pusat beli-belah yang besar tu, saya tak nampak seorangpun yang macam awak. Awak hilang dari pandangan saya. Awak...awak mana? Awak tahu tak saya cintakan awak.... Hanya awak seorang.
Bila dah penat cari awak, saya balik sebab ibu dah call. Sampai je kat rumah. Saya terus online FB. Harap-II awak online sebab saya call awak tak dapat. Awak tak online. Tapi awak ada tinggalkan mesej. Saya bukak mesej awak.
“Salam. Awak...
Sbnrny hri ni sy nk jmpe awk jmpe awk sbb nk bgitau ssuatu.
Mummy sy nk tunangkn sy wak. Dgn plihn dy.
Sy xnk tpi sy xde plihn lain.. sy nk jmpe awk sbb sye hrp awk dpt bntu sye..
Sy tau td awk nk jtuh, sbb tu llaki tu pegg tgn awk.. tp xtau knpe sy jelez sgt..
Sy trus pergi dri situ.. awak.. mulai hri ni.. awak bukn mlik sy lgi..
Awak tahu tak betapa hancurnya hati saya bila baca mesej ni? Awak tahu tak ? ! Awak.... Kenapa cepat sangat awak pergi ? Saya masih cintakan awak.
Sedar tak sedar, sebulan tanpa awak berlalu. Hari ni, tarikh perkahwinan awak. Kad jemputan yang mak awak hantar, saya tenung. Maafkan saya, saya tak dapat hadir. Saya tak sanggup. Saya harap awak bahgia dengan perempuan pilihan mak awak.
Awak pernah cakap.
“Setinggi manapun cinta kita, ibubapa kita mestilah didahulukan.”
Ya ! Saya hormat pendirian awak. Saya doakan kebahagian awak.
#GD dah lama giler tak buat cerpen. So, ni cerpen terbaru yang agak pendek n simple. Kisah benar ke tak? Erm.. No comment...#
Kita dah lama kenal. Awak anggap saya sama macam kawan-II awak yang lain. Awak layan saya macam member-II awak yang lain. Tapi, sejak akhir-II ni. Saya mula suka kat awak. Saya mula percaya kat awak. Saya mula sayangkan awak.
Suatu hari, kita berchatting. Awa k cakap awak suka sorang awek ni. Saya support awak usha awek tu. Awak nampak beriya-II sangat. Mulut saya kata, moga awak berjaya. Hati pulak kata, jangan tinggalkan saya.
Tak lama lepas hari tu, kita chatting lagi. Awak kata, awek tu tak terima awak. Sebab, dia still sayang ex-boyfie dia. Saya kata, awak try la ambik hati dia lagi. Lama-lama, dia mesti jatuh hati kat awak. Hati pulak kata, kenapa awak tak suka kat saya je?
Awak kata, tak apa la. Then, awak cakap nak berkawan je dengan dia. Saya lega. Entah kenapa masa tu saya nak sangat bagitau perkara sebenar kat awak. Akhirnya, saya cakap jugak.
“Aku suka kat kau.” -SAYA
Awak tak reply. Lama.... tapi akhirnya awak reply jugak.
“Carilah orang lain.” - AWAK
Saya menangis masa tu. Saya tahu awak bukan untuk saya. Saya cuma bersedih. Sejak hari tu, kita tak pernah berhubung lagi. Awak dengan dunia awak. Saya dengan dunia saya. Saya dah tak tahu apa cerita awak sekarang. Saya rindukan awak.
Lebih kurang 4 bulan lepas kejadian tu, saya keluar dengan kawan-II saya. Hari ni birthday awak. Awak pernah cakap, tahun ni awak nak sambut birthday dengan makwe awak. Masa tu, awak single. Sekarang.... saya pun tak tahu.
Kawan-II saya bawak saya jalan-II sekitar pusat beli-belah tu. Tiba-tiba, saya nampak awak dekat sebuah restoran. Tapi, awak tidak berseorangan. Ada seorang perempuan duduk satu meja dengan awak. Saya kenal dia. Dialah awek yang awak nak usha dulu.
Saya terkaku seketika. Bila saya sedar, saya tersenyum. Ya, awak bukan milik saya !
Kadang-II, kita bukannya selalu dapat apa yang kita nak. Nak tahu tak kenapa? Sebab Allah dah rancangkan yang lebih baik untuk kita. Aku pun terfikir jugak...kita tahu apa yang kita patut n tak patut buat. Tapi, kenapa kita still buat? Pelik dan hairan aku.
Aku cakap ni bukannya sebab aku bajet sangat tak buat semua benda tu.. aku mengaku la.. aku buat jugak. Tapi itulah yang lawaknya. Kenapa bila kita tahu effect dia buruk, kita still nak buta? hurmm.. wondering jugak.
Aku pelik dan hairanlah. Hidup lebih baik kalau berterus-terang ke atau terus menipu. Kalau menipu, kita dapat jugaklah jaga hati atau situasi sesetengah pihak. Kalau berterus-terang pulak, ada je yang tak kena. hurm..
Dalam filem Ombak Rindu, ramai giler yang ingat line skrip tu. "Cinta tak Kejam, Tapi Manusia Yang Tak Pandai Menghargai Cinta". Yang peliknya, member-II aku tukarkan ayat tu ke = "Manusia pandai menghargai cinta,Tapi Cinta Yang Kejam". Hahahaha.. Sengal-II dorang ni.
CINTA? Huhu.. Entah la. Tak ada experience lorh. Cuma aku suka betul ngan cerita Ombak Rindu uh sampai buat post camni. Very-II excited nak tengok. Dalam cerita ni, Hariz tu sangat-II bengong ! Benci Hariz.. Dah la jahat, tak pasal-II dapat kahwin dengan Izzah yang baik sangat-II dalam cerita tu. Hehehe.. Emo pulak. However, lepas baca novel dia. Boleh la bagi thumbs up dekat penulis dia. Tahniah !
siapa nak temankan aku tengok citer ni?? takde date la....
Betullah kata orang. Jangan mencintai manusia terlalu sangat. Aku sendiri tak faham dengan ayat tu. Tapi, yang aku tahu, cintakan Allah lagi banyak faedahnya. Allah takkan sakitkan hati kita. Allah takkan kecewakan kita. Allah takkan lukakan kita.
Dalam hidup, manusia akan sentiasa pergi. Mungkin kita patut lebih bersedia dengan 'KEHILANGAN'. Aku percaya setiap yang terjadi ada hikmahnya. Sampai sekarang aku still terfikir kenapa aku mesti menangis sebab benda yang mengarut. Aku baru 14 je kot!
Sekeliling aku, aku berdepan dengan orang yang ~...... Apa aku boleh buat. Disebabkan tu aku mula benci seorang demi seorang insan dalam hidup aku. Aku tak tahu la. Aku dah tak percayakan sesapa. Bak kata sorang member aku, "Baik simpan apa yang kita rasa sampai jadi asam keping. Kalau kau cerita kat sesiapa, macam la dia dapat tolong kau pun. Kan Allah ada...".
Tapi kesan negatif pulak yang jadi kat aku. Entah la. Aku mudah benci orang sekarang. Even, aku paling benci diri aku sendiri.
Aku percaya. Dalam zaman yang moden ni, manusia pun dah 'memodenkan' diri mereka sekali. C.I.N.T.A. Orang ramai classify cinta tu dalam banyak benda. Cinta tu buta la.. Cinta tu indah la... Cinta tu ibarat bunga la... N bla bla bala...
Bagi aku, cinta tu adalah satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah. Tak salah untuk mencintai, n tak salah untuk dicintai. Cinta adalah benda terindah yang ingin dimiliki umat manusia ni. Tapi..... cinta zaman sekarang ni dah disalah takrifkan!
Contohnya... Side 1 sanggup bagi apa je untuk Side 2 sebagai bukti cinta dia pada Side 2. Ha??? Bagi apa je?? Betul ke? Sampai sanggup korbankan maruah sendiri. Hey, stupid idiot!!!! Jangan ingat orang putih yang tersohor sebagai penakhluk dunia pada zaman sekarang, kita pun kena ikut cara hidup diorang!
Sebagai kaum hawa, kita bukan hidup untuk menunduk kepada lelaki. Lelaki wujud untuk dijadikan ketua. Tapi jangan pulak sebab tu korang nak tunduk dengan semua kehendak ketua syaitan dalam diri diorang.
Der!!!!! Aku bukannya dengki ke apa.. Just because aku single mesti ramai orang akan cakap, "Eleh.. Kau jeles la tu sebab kau tak ada pakwe" atau "Lebih-lebih lak kau. Cuba kau kat tempat aku." atau " Bajet je minah ni." atau "Aku ada orang sayang. Kau ada??!!" atau "Da!! Whatever!!".
Cuba korang fikir baik-baik... Kalau betul la bf korang tu sayangkan korang, apa salahnya dia buktikan cinta tu dengan satu ikatan perkahwinan. Kenapa mesti mahkota wanita yang perlu dipertaruhkan??!!!
Aku cuma cakap benda untuk universal age. Actually bagi budak yang tak cukup umur macam aku, tak perlu lagi bercinta kot... Cuba fikir, apa yang pakwe korang boleh bagi kalo bercinta umor bwh 18 ni?? Bukan masanya la sayang.... Belajar betul-betul dulu. Kalau betul dia sayang korang.. dia akan tunggu korang sampai dia n korang dah berjaya nanti.
Lagipun, cinta bukan hanya dinikmati dengan kekasih. Apa salahnya menyayangi/mencintai famly, sahabat? Cinta itu memang indah kalau tak disalah gunakan. Allah berikan cinta agar kita dapat lebih memahami Islam dan tulus menyayangi-Nya dan Rasulullah SAW. Bukan mempersendakannya..
Kawan-kawan.... Allah mempunyai Cinta yang paling luas sampai kita sendiri tak terfikir seluas mana. Cukuplah kita abdikan cinta kepada Allah, kerana Allah pasti membalas cinta yang teragung di jalan-Nya.
P/S : Love ALLAH more than everything.. Cause Allah
will create the most suitable Lover for you.
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik n lelaki yang
baik adalah untuk wanita yang baik.
Manusia. Kalau nak cakap pasal manusia. Tak habis agaknya. Diri sendiri pun kalau nak diceritakan sangat rumit. Apa lagi pasal perangai-perangai manusia yang ada dalam dunia ni. Aku malaslah nak cakap pasal apa yang jadi dekat sekeliling aku. Penat sebenarnya nak fikir pasal orang yang langsung tak fikir perasaan orang. Kalaulah kita perasankan... Mana ada orang kat dunia ni yang tak selfish! Even aku pun macam tu. Kalau tak buat apa aku nak tulis pasal perasaan aku kat sini!!! At first, mey mey arh semua orang ada yang betul n ada yang salah. Contoh la kan. Ada dua orang selisih faham. Side 1 cakap dia tak suka Side 2 yang riak nak mamp**. Side 2 pula nak defend diri la kononnya dia buat sesuatu benda tu bukan sebab nak riak ke apa n bla bla bla.. Hello guys!!!! Mana ada orang nak mengaku diri dia tu TERUK??!! Termasuklah aku. Buka pekung sendiri namanya. So, kalau dalam situasi macam ni. Bukan ke baik diam je. Tenteram sikit. Dua-dua takkan sakit hati. Sebab, kita sendiri pun tak tahu side mana yang salah bebenornya. So, kalau korang sakit hati ke apa ke. Just shut your mouth! Tak payah la nak bersuara supaya orang tahu apa yang kita rasa. Matang la sikit. Aku tahu korang pun tahu kan. Nobody care! Tak ada sesapa kesah pasal perasaan kita ke hidup kita ke kisah sedih kita ke kisah gembira kita ke. Mungkin ayat aku 'kejam'. Tapi itu hakikat ok!!! Aku tak nak la jadi hipokrit. Zaman sekarang ni, semua orang akan hidup dalam kisah yang penuh dengan ATTENTION! Ye la.. Siapa yang tak nak perhatian. Bila hidup korang normal, the attention is over! So, korang akan teruskan perhatian korang tu with a story that full with pathethic one! Lama-kelamaan, ia akan jadi normal bagi korang. Hidup dalam keadaan yang penuh sandiwara while you can through all of it! Kawan-kawan..... Allah ciptakan sesuatu masalah tu bukan untuk membebankan.... Even, DIA takkan menguji makhlukNYA di luar kemampuan kita. So, kita tak perlukan orang lain untuk jadikan buku kehidupan korang jadi LARIS! Sayangnya, hanya 1 dalam berjuta yang masih sedar perkara ni. N mungkin aku pun bukanlah salah satu daripadanya. I make mistakes too!! Tapi ini kebenaran yang aku nak kongsi bersama. Plizzzz....... dunia tak bernyawa untuk kehidupan kita je! Orang lain pun ada kehidupan yang lebih 'menarik' dari korang. Kalau asyik cerita pasal kita je, parah la. Macam mana dengan kisah beribu juta orang lain dalam dunia ni? Sesetengah yang baca post ni maybe akan cakap, "Eii.. Aku bukan macam tu la." atau "Ye ke.. Mana ada.. Aku pun fikir jugak pasal orang lain.." atau "Biasa la tu bro!" atau "E'eleh. Bukan aku je kot. Kau pun sama." atau "Da!!! Whatever!!". Apa-apa pun. Ianya lawak! Lawak bila korang cakap macam tu untuk diri korang sendiri. Bak kata orang putih, "speaking for youself!" HAHAHA... lawak seyh! Moga kita semua sedar yang Allah itu 'Maha untuk segala Maha'. Always remember. "Allah always enough for us!'
P/S : Be open-minded. This post might possible to someone that have a sane mind.
Hari ini adalah hari pertama persekolahan Rayana Damia di MRSM Selangor. Pastinya pelbagai perasaan bercampur baur ketika ini. Di samping sedih meninggalkan teman-teman lama, Rayana turut berasa gemuruh.
Kegemilangannya ketika PMR tidak bermakna usahanya sudah ternoktah. Rayana harus membanggakan ibubapanya sekali lagi untuk SPM kelak. Rayana tahu ibubapanya berbangga dengan pencapaian Rayana apatah lagi dia berjaya mengambil tempat di sekolah berasrama penuh.
Setelah mengetahui kelasnya di 4 Saidina Ali, Rayana bersama teman barunya, Miera bergandingan ke kelas berkenaan. Keadaan kelas tersebut agak bising. Mungkin penghuninya adalah pelajar lama. Jika tidak, pasti mereka akan terdiam tidak berkutik sepertinya kini.
Rayana mencari-cari tempat kosong di dalam kelas yang kelihatan sesak itu. Dirinya semakin gelisah apabila Miera telah bertemu sahabat lamanya ketika sekolah rendah lantaran mendapatkan tempat kosong untuk dirinya sendiri. Sudah tentulah dirinya sudah tidak dihiraukan.
Sedang Rayana dalam keadaan terpinga-pinga dalam suasana baru itu, seorang pelajar lelaki menyapanya. "Kau cari apa?", suaranya seakan-akan hendak menolong.
"Ada tempat kosong lagi tak?" Rayana begitu berharap 'Zaqril E' iaitu nama yang tertera di kemejanya dapat membantu. "Ow... Itu... Setahu aku temoat tu memang tak ada pemilik.", Zaqril menunjukkan satu tempat kosong paling di belakang. Rayana memang tiada pilihan.
"Okey. Terima kasih," Rayana terus melangkah namun tawa kecil dari lelaki tadi kedengaran. Entah apa yang ditertawakan.
Melihat seorang guru memasuki kelas, Rayana segera meletakkan beg di tempat tadi. Salam diberi. Para pelajar dibenarkan duduk sebelum guru itu berbicara, "Bagi yang belum kenal saya, nama saya Aisyatul Laila selaku guru kelas kamu semua pada tahun ini. Saya sudah sedia maklum ada lebih kurang 8 orang pelajar baru di dalam kelas ini. Sila perkenalkan diri."
Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan diri. Apabila tiba giliran Rayana, Rayana berdiri dengan pantas kerana berdebar-debar. 'Prakkk.....' Satu bunyi kedengaran. Rayana termangu seketika apabila seluruh kelas ketawa sambil melihat ke arahnya. Setelah itu, barulah dia menyedari dialah yang mengeluarkan bunyi tadi.
Rayana tercari-cari dari mana datangnya bunyi tadi. Alangkah terkejutnya dia apabila menyedari bajunya terkoyak. "Hai.. Mangsa baru mengena lagi. Apalah nasib baju terkoyak hari pertama, ek." suara itu disambut dengan gelak-tawa.
Rayana terasa ditampar-tampar mendengar sindiran itu apatah lagi dirinya dijadikan bahan ketawa pada waktu itu. "Gam UHU tu. Susah nak cabut kot." 'Ha? Gam? Mana budak tu tahu?'. Rayana mencari siapa pemilik suara tadi. 'Eh, Zaqril E!'.
Hari pertamanya bersekolah, musuh pertama telah ditemukan. Apalah nasib badan...
Pertama Kali Kita Berjumpa
Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman
Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan
Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan
Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Whoaaa.....Hoaaaa...
Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu
(Music Bridge)
Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu
Wednesday, July 27, 2011
Tanpa Kawan Saya (Zahiril Adzim)...
Persahabatan.... entah la.. Tak ada benda yang sempurna dalam dunia ni. Termasuklah benda ni. Ada macam-macam jenis pihak dalam dunia. Sampai tak tahu nak sebelahkan yang mana. Tak kisah la satu masalah diselesaikan ke.. masalah lain confirm akan datang balik. Jadi... tunggu dan terus menunggu..
Ain kembali tidur setelah selesai mendirikan solat subuh. Penat ambil last paper untuk semester terakhir masih tak habis lagi. Semalam last paper Ain setelah lebih 4 tahun jalani pembelajaran dalam ijazah sarjana kedoktoran. Tapi! Itu tak penting. Macam mana dengan Ain n Difzad? Kalau dikira tolak tambah. Dah lebih 7 tahun lamanya hubungan diorang. Apa la ceritanya sekarang ya?
Ain terjaga. Deringan telefon bertalu-talu. Urgh! Tak boleh tengok orang senang betul! Nama Difzad
tertera di skrin telefon.
Ain : Hello! Marah betul bunyinya.
Difzad : Amboi! Marah nampak. Ain kat mana tu. Kenapa tak ambil Jad lagi?
Ain : Ha? Ambil Jad apa benda pulak ni. Jad kan still kat oversea. Apa yang Jad mengarut ni ha?
Difzad : Hurm… Nampak sangat la orang tu dah lupa kat kita. Ain! Ain lupa ke Jad balik Malaysia hari ni?
Ain : Ha! Ain berlari ke arah kalendar di dalam biliknya. Eyh, iyalah! Difzad balik hari ni.
Difzad : Dah dah… Dengar suara pun tau Ain baru bangun. Pergi siap cepat. Dah lama Jad tunggu ni.
Ain : Ok ok! Talian dimatikan.
Ain tiba di KLIA. Difzad melambai dari jauh. Ain terus park kereta di sebelah Difzad.
Difzad : Awalnya. Baru je 3 jam Jad tunggu.
Ain : Ha! Perli la lagi. Tau la orang lambat. Sory! Betul-betul lupa.
Difzad : Takpe. Asalkan dapat tengok muka Ain. Ain tersenyum.
Ain : Ain terus hantar balik rumah parents Jad, eyh?
Difzad : Up to you.
Ain : Kalau macam tu terus pergi sana la. Ain pun dah sebulan tak balik kampong. Difzad hanya terdiam setelah menyedari sesuatu di jari manis Ain. Namun, Ain masih menyambung bicaranya. Tak sedar agaknya apa yang dimenungkan Difzad.
Difzad : Ain..
Ain : Yup?
Difzad : Mana cincin tuning kita? Ya! Sebelum Difzad further study kat Australia, ikatan pertunangan telah terjalin antara pasangan ini.
Ain : Ha! Owh.. Err…. Ain terkejut. Jari manisnya dilihat. Rasanya dah lama cincin tu ditanggalkan dari jari itu.Ta.. tadikan Ain nak cepat. Lupa nak pakai. Tolong tengokkan dalam hand bag Ain. Difzad mengambil kotak baldu merah dari beg tangan Ain. Isinya masih cantik seperti dulu. Seolah-olah tidak pernah disentuh.
Difzad : Lawa lagi cincin ni ye..
Ain : Of course la.. Orang jaga betul-betul tau. Ain berselindung.
Difzad : Yeah. Of course…
Perbualan terhenti di situ sehinggalah mereka tiba di hadapan rumah Difzad. Difzad terus keluar tanpa sepatah kata dan terus masuk ke rumah ibu bapanya yang lebih 3 tahun tak dikunjungi. Ain meninggalkan rumah itu tanpa menyapa penghuninya.
‘Bukan masanya’-Ain
Malam tu, Ain termenung melihat cincin tunangnya. Kali terakhir Ain pakai cincin tu masa hari terakhir Difzad di Malaysia iaitu 3 tahun yang lalu. Kenangan dulu masih jelas dalam ingatan Ain.
4 Januari 2015
Malam itu, Difzad n Ain makan malam bersama-sama.
Ain : So, dah ready nak pergi Australia?
Difzad : Ain cakap macam nak Jad pergi cepat-cepat je. Jad pergi lagi 2 bulan la.
Ain : Bukan macam tu. Orang tanya je kan. Hurm.. Apa benda penting yang Difzad nak cakap tu?
Difzad: Ain tau kan Jad sayang Ain. Waktu pernah pisahkan kita n kita jumpa balik. Mungkin dah takdir. Banyak benda yang Jad rasa hidup ni kadang-kadang macam sungai. Tak tentu hala tujunya.
Ain : Difzad Haikal! Ain tau la Jad tu penulis novel. Jangan jiwang kat sini boleh tak? Buat naik bulu roma je. Just straight to the point, ok!
Difzad : Relax relax. Ok.. Jom bertunang!
Ya! Memang straight to the point sangat Difzad nampaknya. Sebab tak nak hampakan seseorang yang sangat Ain sayang, pertunangan mereka di langsungkan. Setelah itu, Difzad pergi meninggalkan Ain. Andai Difzad tau. Banyak benda yang Ain lalui sendiri di tanah air yang Difzad tinggalkan. Terlampau banyak. Sampai Ain dah tak sanggup nak jadi teruskan semuanya.
Ain cintakan Difzad. Tapi Ain pun sayangkan persahabatan antara dia dengan Fakhrul. Fakhrul pernah muncul di dalam hati Ain sebelum Ain kenal Difzad. Namun, hubungan mereka putus sebab Fakhrul terpaksa pindah mengikut keluarganya. Siapa sangka, lepas 2 tahun Difzad dan Ain bersama, Fakhrul muncul sekali lagi. Menagih cinta yang tak mungkin untuknya.
Ain dah jelaskan semuanya dekat Fakhrul. Nasib baik Fakhrul faham. Tapi, Allah tu Maha Pencipta yang layak menguji setiap hamba-Nya. Kakak Fakhrul datang jumpa Ain tak lama sebelum Difzad pergi ke Australia. Fakhrul menghidap barah otak. Nama Ain yang meniti bibirnya pada setiap hari.
Kerana rasa ihsan Ain, Ain kembali ke pangkuan Fakhrul. Tanpa pengetahuan Difzad, yang pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara.Cincin ditanggalkan supaya Fakhrul tak mengesyaki apa-apa. Tiap masa sendirian Ain dihabiskan dengan menangis. Cukup lama derita tu. Menyakiti kedua-dua orang yang disayanginya. Ain dah tak tahan lagi.
Teringat lagi ketika Ain melafazkan cintanya kepada Fakhrul. Waktu tu, itu sahaja yang mampu Ain lakukan untuk menyenangkan semua pihak.
Fakhrul : Awak.. Awak tak penat ke jaga saya kat hospital ni tiap-tiap hari. Patutnya lepas habis kuliah awak rehat la kat rumah. Ain tersenyum.
Ain : Eeii… Perasannya awak ni. Saya datang sini bukan nak jaga awak je tau. Saya pun study jugak…
Fakhrul : Yela.. Yela.. awak je la yang menang…
Ain : Ha! Tau pun…
Fakhrul : Awak…
Ain :Ye?
Fakhrul : Kenapa awak cari saya balik? Ain terdiam seketika.
Ain : Kenapa tanya?
Fakhrul : Awak tau saya sayang awak sangat-sangatkan….Saya tak nak awak ada kat sisi saya sekarang just sebab saya sakit. Saya cintakan awak. Saya nak awak bahagia. Walaupun bukan dengan saya.
Ain : Awak.. Saya datang sini, tu semua kehendak saya. Saya sendiri yang nak datang sini. Kalau saya nak pergi, saya akan pergi sendiri… Tak payah ada orang yang nak kena ingatkan saya.
Fakhrul : Jadi, awak akan pergi jugakkan?
Ain : Saya takkan pergi.. Mata Ain ditenung untuk mencari kebenaran kata-kata itu. Saya masih kat depan awakkan. Saya tak pergi…
Fakhrul : Awak cintakan saya? Renungan masih berbalas. Air mata mula meniti di tubir mata Ain.
Ain : Ya! Saya cintakan awak… Keliru. Itu yang Ain rasakan dengan perasaannya. Tapi, dia betul-betul yakin dengan apa yang baru dilafazkannya sebentar tadi.
Dalam pada itu, pemergian Difzad tanpa khabar cukup mengecewakan Ain. Sejujurnya, cinta Ain mula berpaling kepada Fakhrul. Difzad…. Lelaki yang sangat tulus mencintainya… Sentiasa menukarkan tangis kepada tawa… Memberi cinta selepas duka… Namun, cerita cinta lama Difzad sentiasa menghantui Ain. Mungkin itulah padahnya bercinta dengan penulis terkenal. Dan Difzad juga tak pernah menyalahkan mereka atas rasa sakit hati Ain. Itu amat menyakitkan. Difzad juga tak faham apa erti pengorbanan.
Fakhrul…. Orang yang pernah meninggalkan Ain kerana turuti kata ibubapa… Tapi… Fakhrul sangat ikhlas dalam cinta.. Setia pada yang satu… Tahu erti pengorbanan…. Tau erti cinta sebenar…. Saat itu, memang benar cinta Ain milik Fakhrul seorang. Fakhrul! Hanya dia.
Seksa bagi Ain untuk menyembunyikan hubungan ini. Hanya kakak Fakhrul yang tau pasal mereka. Bagi Ain, ini rahsia terbesar dalam hidupnya. Tapi Fakhrul pula tak tahu apa-apa. Yang dia tau, dia ingin jalani hari-hari terakhirnya bersama Ain.
Ain : Awak… Waktu makan ubat. Nurse tu dah bising awak tak makan ubat lagi tau.
Fakhrul : Ish.. Nurse tu tak boleh tengok orang senang betul la.
Ain : Habis tu, awak senang la kalau awak tak makan ubat? Macam nak sihat kalau macam tu.
Fakhrul : Mungkin lagi senang…
Ain : What do you mean?
Fakhrul : Senang… Lebih senang untuk lepaskan awak.. Ain terkejut dengan kata-kata itu. Dia masih belum bersedia kehilangan Fakhrul.
Ain : Jangan cakap macam tu boleh tak? Air mata yang selalu ditahan setiap kali melihat keadaan Fakhrul yang semakin tak stabil terlepas juga.
Fakhrul : Awak… Cepat atau lambat… Awak tahu saya akan pergi jugak kan… Awak sepatutnya sedar pasal benda tu.
Ain: Tak… Esakan kecil masih terdengar. Awak.. Penyakit bukan penentu hidup dan mati seseorang. Selagi awak masih hidup, awak jangan mengaku kalah. Takde penyakit yang takde penawar.
Fakhrul : Tapi penyakit saya tak ada penawarnya….. Suasana hening seketika.
Ain : Awak.. Tolong janji awak takkan putus asa…
Fakhrul : Please.. mintaklah apapun.. Tapi jangan yang itu…
Ain : Saya.. Saya sayangkan awak….
Itu perbualan terakhir sebelum keadaan kesihatan Fakhrul semakin teruk. Ain masih tak putus asa berharap Fakhrul akan sembuh. Namun, apa harapan Ain benar-benar hancur apabila doctor mengatakan Fakhrul sudah tiada harapan lagi. Sebagai penuntut kedoktoran, Ain tahu maksudnya. Ain pantas mendapatkan Fakhrul di wadnya.
Fakhrul : Doktor kata apa?
Ain : Hurh (mengeluh).. Doktor kata awak sihat sayang…
Fakhrul : Pandai doktor tu menipu, ek?
Ain : Hrmm…
Fakhrul : Awak.. Jom keluar…
Ain : Keluar? Pergi mana?
Fakhrul : Dah lama saya kat dalam wad ni. Tak pernah keluar. Anggap la ini sebagai hajat terakhir saya. Fakhrul seperti tau umurnya tak panjang lagi. Ain mendekati Fakhrul.
Ain : Awak nak pergi mana? Air mata ditahan. Ain sedar.. Dapat dirasakan hatinya akan pergi tak lama lagi. Biarlah ini jadi kenangan terakhir mereka.
Hari itu, Ain dan Fakhrul menghabiskan masa berjalan-jalan. Menikmati keindahan alam. Macam-macam tempat diorang pergi. Gelak tawa tak pernah lekang dari bibir masing-masing. Seolah-olah tau, itu senyuman terakhir yang akan terlihat ketika mereka bersama. Mereka memilih untuk melihat matahari terbenam sebagai destinasi terakhir. Bersandar di pokok menyaksikan keindahan ciptaan Allah itu. Sungguh mendamaikan.
Fakhrul : Awak… Matahari tu dah nak tinggalkan awak..
Ain : Tinggalkan saya? Bukan dia tinggalkan kita ke? Mereka berpandangan.
Fakhrul : Saya rasa macam nak ikut matahari tu la..
Ain : Apa awak cakap ni? Ain mula panik. Keadaan Fakhrul saat lemah ketika itu.
Fakhrul : Awak… Saya macam matahari tu. Walaupun saya pergi, ia akan muncul balik.. Muncul balik dalam hati awak. Sama ada awak simpan atau lepaskan je.. Tapi, saya kena pergi.
Ain : Awak.. Jangan tinggalkan saya! Jerit Ain sambil menggoncang tubuh Fakhrul yang sudah tidak bermaya itu. Tangisannya sudah tak dapat dibendung lagi.. Awak! Mengucap awak… Ain membantu Fakhrul mengucap dua kalimah syahadah.
Fakhrul : Terima kasih sebab bagi saya kenangan terindah ni. Suaranya serak dan berat. Saya sayang awak.. Saya pergi dulu..
Benarlah… Fakhrul pergi meninggalkan Ain ketika itu. Ain melepaskan tangisnya di hadapan jasad Fakhrul. Secepat ni Allah tarik cinta yang pernah Ain abaikan dulu. Berat untuk terima hakikat ini. Fakhrul akhirnya pergi meninggalkan Ain sekali lagi. Tapi kali ini untuk selama-lamanya.
Lebih 8 bulan Ain mendiamkan diri dengan kehidupannya. Menyibukkan diri dengan pelajaran untuk menutup kesedihan yang masih belum pulih. Pusara Fakhrul selalu dikunjungi untuk melepaskan rindu. Hanya bacaan surah Yassin yang dapat dihadiahkan.
‘Moga roh awak tenang kat sana..’-Ain
Andhika Pramata - Tersenyumlah
Mengapa kau bersedih saat cinta pergi
Biarlah saja bila semua harus terjadi Hidup bukan sampai disini waktu terus berjalan Yakinlah ada bahagia yang akan kau rasa dalam hidupmu
(*) Dan tersenyumlah sayang tanpa semua pedih dihati karna cinta masih ada dan s'lalu ada percayalah
Kadang cinta tak berarti sering menyakiti Tapi cinta yang sejati meski t'lah pergi kan datang lagi
(**) Dan tersenyumlah sayang lepas semua pedih dihati karna cinta masih ada dan s'lalu ada oh percayalah
(***) Jangan kau tutup hatimu Raihlah bahagia hidupmu karna cinta pasti ada dan s'lalu ada Oh...percayalah
Bunyi guruh dan kilat yang kuat menyedarkan Ain dari lamunan masa lampau sepanjang beberapa tahun yang lalu. Kini, Ain harus berdepan dengan kenyataan. Panggilan dari Difzad sebulan yang lalu barulah mengingatkan Ain kepada tunangnya.
‘Jad…Maafkan Ain.. Difzad tak patut dilayan macam ni.. ‘-Ain
Keesokan harinya, Ain menunggu Difzad di taman permainan berdekatan rumah mereka..
Ain mengambil keputusan untuk berterus terang. Mungkin itu lebih baik. Difzad tiba.
Difzad : Assalamualaikum..
Ain : Waalaikumsalam...
Difzad : Ada apa ni? Tiba-tiba je nak jumpa.. Buat suspen je.. Ain agak terkejut. Difzad berbeza dengan saat terakhir mereka bertemu semalam. Semalam, Difzad macam marah dekat Ain.
Ain : Ain nak bagitau Jad satu benda…
Difzad : Apa?
Ain : Ain.. Hurh.. Ain..
Difzad : Ain apa?
Ain : Ain cintakan orang lain. N orang tu bukan Jad. Kata Ain sambil tunduk. Tak sanggup nak tengok reaksi muka Difzad.
Difzad : Ain cintakan siapa?
Ain : Difzad tak kenal dia…
Difzad : Dia kat mana sekarang?
Ain : Dia dah pergi tinggalkan kita kat dunia ni….. Ain tak nak Jad hidup dengan orang yang tak cintakan Jad. So, just akhirkan semua ni. Lagi baik untuk kita. Dua-dua diam.
Difzad : Jad tak kisah….
Ain : Apa maksud Jad? Ada nada terkejut pada soalan itu.
Difzad : Ain Syafina… Jad dah tahu semuanya.. Dah lama tahu…
Ain : Ha?
Difzad : Pasal Fakhrul..
Ain : Jad kenal Fakhrul?
Difzad : Sebelum kita bertunang, akak Fakhrul mintak tolong Jad pertemukan korang. Mulanya, berat jugak Jad nak buat semua tu. Jad tau, hati Ain bukan untuk Jad lagi lepas tu. Sebab tu Jad ajak Ain bertunang sebelum pergi Australia. Jad tak nak Ain terus tinggalkan Jad. Jad diamkan diri kat sana untuk beri peluang cinta Fakhrul n Ain bersatu balik. Jad fikir, kalau Fakhrul masih hidup lepas Jad balik Malaysia, Jad akan lepaskan Ain. Tapi, tu semua ketentuan Allah kan…
Ain : Ok..Ain faham.. Terima kasih untuk semuanya. Jad patut dapat lebih baik dari Ain. Cincin ni Ain akan pulangkan balik ikut adat kita. Cara baik keluara Jad datang meminang. Cara baik keluarga Ain pulangkan. Ain pergi dulu.
Difzad: Ain.. Tunggu kejap.. Ain berpaling.
Ain : Ya?
Difzad : Boleh tak Ain bagi Jad satu lagi peluang?
Ain : Peluang ? Peluang apa?
Difzad : Jad bagi peluang Ain untuk bertemu cinta yang Jad takkan pernah dapat bagi. Sekarang, Jad minta tolong Ain bagi Jad peluang gantikan tempat Fakhrul. Jad janji Jad takkan paksa Ain untuk buang Fakhrul dari hati Ain. Tapi, bagila Jad peluang untuk ada kat hati Ain sekali lagi.
Ain : Difzad Haikal…. Buat acap kalinya air mata bertamu kembali.
Difzad : Ain Syafina….. Jad cintakan Ain dan akan tunggu sampai bila-bilapun untuk hati Ain terbuka lagi sekaliuntuk Jad. Tolong terima Jad…….sekali lagi…
Ain hanya mengangguk. Kata-kata tak dapat menggambarkan lagi perasaannya sekarang. Difzad yang
Ain kenal dulu bukan seperti yang Ain kenal sekarang. Difzad yang buta pasal erti pengorbanan dah bagi sesuatu yang sangat besar dalam hidup Ain. Ain kembali sedar sebab apa dia pernah cintakan Difzad Haikal. Difzad tersenyum juga dibalas oleh Ain. Ini bukan pengakhiran cinta mereka.. Ini permulaan….
Aku tergamam tengok muka dia. Senyuman yang dilemparkan. Senyuman yang aku rindu setelah sekian lama. Lamanya tak jumpa dia. Aku rindu dia sangat-sangat. Lamunan aku terhenti apabila dia menyapaku.
Difzad : Assalamualaikum.. kawan lama...
Aku : Wa.. waalaikumsalam.. apa ka....belum sempat aku menghabiskan ayat ada pulak sorang perempuan muncul.
Perempuan A : Haikal.. Kenapa berdiri je ni. Sorry Sara lambat sikit.... Aku terkejut melihat perempuan tu. Tak silap aku Difzad pernah tunjukkan gambar perempuan ni dulu... MAISARA!
Aku terus menghayunkan kaki meninggalkan 'pasangan kekasih' itu.
Malam tu....
Aku duduk termenung dalam dorm aku. Kenapa mesti dia yang aku jumpa kat sini? Dan kenapa mesti Maisara ada sekali kat sini? Tak cukup lagi ke beban sebelum ni.. Kenapa mesti dia muncul balik?
8 Ogos 2010
Pejam celik dah dekat dua bulan aku masuk U ni. Dalam dua bulan tu jugak aku tak pernah nampak pun Difzad lagi. Bagus la macam tu. Memang aku elakkan pun. Cuma aku terfikir jugak. Kalau dia penuntut U ni, kenapa aku boleh tak pernah nampak dia? Hurm.. pelik.. Suatu hari ada la seorang member aku bagitahu something pasal Difzad...
Aida : wow.. interesting story la.
Aku : Apa yang menariknya?
Aida : Kau tak dengar pasal senior sem 3 kita? Difzad Haikal.... Takkan kau tak kenal dia..
Aku : Em.. siapa tu ea? Tak kenal la.. Aku sengaja sembunyikan yang sebenarnya.
Aida : La.. kau ni tak ambil tahu isu semasa betul. Tu la, duduk lagi kat Library tu 24-hours.. Kan dia selalu tak ada kat U ni. Kau tau tak sebab apa?
Aku : Kalau aku tak kenal, kompom la aku tak tahu...
Aida : Kan dia terkenal as writer kat U ni. Macam-macam buku dah dia tulis. Semuanya laku. And latest aku dengar dia launching novel terbaru dia 'Jika Kau Tiada' kat Brunei. Aku terpaku. Jadi cita-cita Difzad untuk jadi writer tercapai la.
Aku : Ow.. dia tak datang kelas ke? Sampai Brunei pulak perginya... Aku cuba korek lagi banyak cerita.
Aida : Dengar cerita U bagi private kelas untuk dia. Memandangkan dia naikkan nama U sekali. Tapi kalau ada assignment kena admit dia kena hantar sama dengan students lain. Kalau ada kuiz dengan ujian baru dia datang on time.
Aku : Ow.... Patutlah tak selalu nampak taik mata dia kat sini.
19 Ogos 2010
Aku duduk sorang-sorang kat Library. Sekarang dah pukul 5 petang. Tak ramai nak stay waktu macam ni. Aku pulak kena stay lama sikit. Esok ada ujian. Pening kepala otak. Suasana sunyi. Tak ada sorang pun ada kat dalam Library tu masa tu. Meremang jugak bulu roma duduk sorang-sorang. Tapi aku cuba buat cool.
Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi datang dari salah satu almari-almari buku kat situ. Mula-mula aku ignore je. Tapi bunyi tu datang lagi. Siapa pulak la main-main petang-petang ni. Aku berjalan perlahan ke arah bunyi tadi. Aduh.. apsal aku rajin sangat ni. Tapi nak tahu jugak siapa yang berani buat bising dalam Library ni.
Aku sampai kat satu rak bertanda 'Karya Pelajar'. Kelihatan sesusuk tubuh seorang lelaki sedang memungut-mungut buku yang jatuh berselerakan tadi. Dia yang menyedari kehadiran aku segera berpaling. Dafzid! Kami berpandangan seketika. Masing-masing tak berani nak bersuara. Sehinggalah salah satu buku yang di pegang Dafzid tadi jatuh ke lantai. Aku ambil buku tu dan suakan kepada Dafzid.
Dafzid : Terima kasih.. Katanya berbahasa. Aku masih terkejut nampak dia kat sini. Tapi mulut aku yang tak duduk diam ni bersuara jugak akhirnya.
Aku : Assalamualaikum, Mr. Popular.. Aku hanya tersenyum. Dia yang tengah kusyuk susun buku-buku tadi berpaling dan tersenyum.
Difzad : Waalaikumsalam, Ain. Long time no see, huh?
Aku : Yup.
Difzad : So, kau apa khabar sekarang? Soal Difzad sambil kitorang sama-sama berjalan menuju ke meja yang aku duduk tadi.
Aku : Aku? Macam ni je la. Masih tak tinggi-tinggi.. Aku cuba menceriakan suasana. Kau pulak macam mana? Ow, tak payah cakap. Mesti la bahagiakan. Your dream comes true...
Difzad : Yeah.. Cita-cita aku tercapai seawal ni. Ni semua sebab kau jugak. Kalau kau tak ajar aku hantar manuskrip kat syarikat penerbitan tu, sampai bila-bila la aku tak tahu nak mula step as a writer.
Aku : Tak ada kena mengena dengan aku. Ni semua hasil usaha kau. Bakat kau. Aku tak sangka kawan aku ni dah jadi orang yang terkenal kat sini. Suprising! You have everything, now..
Difzad : No. Not everything. Lain macam je bunyinya.
Aku : Apa maksud kau? Kau ada semuanya kan.
Difzad : Aku hilang something.. Aku masih tak puas hati.
Aku : Apa?
Difzad : Kau...
Kami berpandangan. Aku macam nak lari je dari situasi ni. Janggal! Nasib baik ada orang call dia. Orang busy la katakan.
Difzad : I've got to go. Em, see you next time?
Aku : Ok. No hal. Settle hal kau dulu. Difzad berdiri tapi masih tak berganjak.
Difzad : Em.. Can I have phone number? Aku tersenyum.
Aku : Of course.. Kitorang bertukar nombor. Lepas tu dia minta diri untuk pergi. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku kemas barang and terus balik dorm.
Malam tu...
Aku masih lagi membaca nota-nota subjek yang keluar esok. Nasib baik esok last paper. Tak lama lepas tu handphone aku berbunyi. Ada mesej!
Salam. Ain. Remember me?
Berbunga hati ni. Tapi dalam pada tu, aku ingatkan diri. Mungkin sekarang Difzad dah on balik dengan Maisara. Aku pernah nampak Maisara dekat cafe hari tu. Aku yakin dia further study kat sini. So, aku kena ingat status aku hanya sebagai 'kawan' Difzad.
Wassalam. Giler tak ingat. Ada apa? - Aku
Saja. Esok kau last paper kan? - Difzad
Yup. Kenapa? - Aku
Jom ronda KL nak? - Difzad
Aku berfikir sejenak. Hurm... Kalau nak release tension boleh kot.
Nak pergi mana? Malas la kalau jam. - Aku
Kalau macam tu nak hang out mana? - Difzad
Em.. Aku pun tak tahu sangat. Kau kenapa? Ada pape ke esok? - Aku
Kau betul-betul tak ingat ke? - Difzad
Apa benda? - Aku
Em.. Tak apa la. Esok lepas habis paper tunggu aku kat cafe. Tempat kita k. Salam - Difzad
Ow. Ok. Wassalam. - Aku
Esok ada apa ye? Serious! Aku tak ingat lak apa-apa event untuk esok. Em.. Apa ye?...........
9 Ogos 2010
Aku terus ke cafe lepas habis paper. Nasib baik apa yang aku baca semalam masuk otak. Bila sampai cafe. Difzad dah ada kat situ. Dia terus bawa aku ke parking kereta dia.
Aku : So, nak pergi mana?
Difzad : Urm.. Tengok views nak?
Aku just ikut. Akhirnya kitorang sampai kat satu tempat. Memang dari situ nampak views dari atas KL. Lawa...
Aku : Amazing... Thanks Jad. Lama tak datang tempat macam ni.
Difzad : No need to thank. Actually ni hadiah dari aku.
Aku : Untuk apa?
Difzad : Sebab title persahabatan kita still ada untuk 2 tahun. 9 Ogos 2008.. Aku still ingat tarikh kita jumpa dulu. N kau still pakai rantai tu. Thanks ye.. Aku pegang rantai yang aku pakai tu. Aku tak sedar sampai sekarang aku masih pakai rantai tu. Kalau sekali tak pakai rasa tak lengkap je.
Aku : Yeah! Kau yang bagi. Memang tugas aku jaga rantai tu baik-baik.
Hari tu. Kitorang bercerita tentang hidup kitorang yang terpisah sebelum ni. Sejak hari tu.. kitorang makin rapat. Setiap weekend kitorang keluar sama-sama. Hang out sama-sama. Gelak ketawa sama-sama. Honestly, aku gembira kenal dia balik. Kenangan dulu macam berulang balik. Dia pun tak sibuk sangat nak launching buku dia sekarang.
21 Oktober 2010
Aku tersenyum lebar sepanjang balik dorm. Hari ni birthday aku. Hadiah dia kali ni paling special. Difzad luahkan perasaan dia kat aku. Dia bagitau yang dia sukakan aku. Aku minta dia bagi aku masa. Ikutkan hati nak je terima time tu jugak. Tapi aku rasa baik fikir dulu kot.
Sampai dalam dorm Aida tegur aku.
Aida : Wah.. Sejak-sejak kau rapat dengan Haikal ni. tersenyum-senyum je. Haikal. Budak kat sini panggil Difzad Haikal.Aku heran. Mana lak Aida tau.
Aku : Mana kau tahu ni?
Aida : Tak payah kau nak kelentong aku..Satu U tahu tau. Untung la kau dapat rapat dengan dia. Aku dengar cerita Maisara tak ada la rapat macam kau rapat dengan Haikal.
Maisara! Baru aku teringat. Apa hubungan Difzad dengan Maisara sekarang. Arh! Macam mana aku boleh lupa. Lagi satu masalah timbul.
24 Ogos 2010
Aku tunggu dekat taman U ni lepas jumpa satu note dari unknown person kata nak jumpa kat sini. Mula-mula berat hati gak nak pergi. Tapi nak tahu jugak siapa yang hantar. Aku pergi jugak la. Tak lama tu ada seorang mamat datang. Siapa dia ni, eyh? Kalau betul dia, apa dia nak?
Lelaki A : Aku nak cakap satu benda je. Aku nak kau jauhkan diri dari Difzad Haikal. Kalau kau tak nak, kau memang cari masalah kat U ni... Ai.. Engkau entah datang dari mana nak ugut-ugut orang pulak. Jangan sampai kaki aku sampai kat muka kau. Bajet taiko la konon.
Aku : Amboi.. Gangsternya... Kau siapa, ha? Nak ugut-ugut orang lak..
Lelaki A : Aku Hisyam. Adik Maisara. Sebelum kau ada kat U ni, Maisara dengan Haikal macam belangkas kau tau. Tapi sekarang, kau la yang buat Maisara termenung tetiap hari. Sebab kau! Aku tak tahu nak bagi reaksi apa.
Aku : Em.. Apa buktinya?
Hisyam : Hei.. Zaman sekarang ni semua orang ada fb la. Kau cek la kat sana gambar-gambar diorang. Yang penting, aku tak nak nampak kau keluar dengan Haikal lagi, faham? Aku start confuse. Yang aku tahu sekarang nak balik dorm je.. n bukak fb. Kau faham tak?!
Aku : Arh! Tengok la dulu. Aku terus balik dorm.
Memang betul la apa yang budak tu cakap. Banyak gambar diorang. Apa aku buat ni? Aku tak patut kacau relationship orang lain. Aku patutnya sedar. Kenapa aku bongok sangat. Dah terang-terang dulu Difzad angau kat Maisara. Takkan la dia tak ada apa-apa pun dengan Maisara sedangkan diorang sama-sama kat sini. Bodohnya aku!
Handset aku berbunyi. Mesej!
Salam.. Dapat jawapan untuk aku? - Difzad
Yeah.. - Aku
Aku harap berita baik.. - Difzad
Mungkin berita baik untuk kau n Maisara... - Aku
Apa maksud kau? - Difzad
Jad. Aku tak tahulah apa kisah kau dengan Maisara sebelum ni sampai kau luahkan perasaan yang entah apa-apa dekat aku. Jad. Maisara ada kat sini! Orang yang cinta dulu ada kat sini. N korang ada 80 % peluang on balik kan... Aku tak patutnya ada antara korang. Aku rasa elok aku undur diri. Sorry. - Aku
Difzad termangu. Antara dia n Maisara tak ada apa-apa. Apa maksud Ain?
Ain. Kau tak tahu hal sebenar. Aku boleh explain. Jom kita jumpa. Aku cerita semuanya... - Difzad
Difzad hampa. Ain tak balas pun mesej tu. So, ini ke akhirnya?
6 September 2010
Dah hampir 2 minggu aku elakkan diri dari Difzad. Cerita terakhir aku dengar pasal dia, dia dah mula sibuk balik untuk promotion the lastest novel by him, 'Kau Teristimewa'. Banyak jugak novel yang dia cipta dalam jangka masa pendek. Tapi aku tak pernah nak baca pun salah satu daripada novel-novel tu. Kalau boleh aku nak jauhkan diri dari semua benda yang ada kena mengena dengan Difzad Haikal.
Aku tergesa-gesa keluar dari Library bila teringat rantai 'Haina' tertinggal dalam dorm. Tapi kat luar pintu Library tu, aku terlanggar seorang perempuan. Macam kenal... Maisara!
Aku : Ops.. Sorry... Kata aku sambil kutip buku-buku yang jatuh tadi.
Maisara : Eyh, tak apa. Thanks tolong angkatkan.
Aku : Small matter.. Kami berbalas senyuman. Aku start mulakan langkah. Tak nak lama-lama dengan dia. Belum sempat aku pergi lagi jauh, tetiba..
Maisara : Awak Ain, kan? Aku berpaling.
Aku : Ha? A..........a'ah...
Maisara : Boleh kita jumpa kejap?
Kitorang duduk kat salah satu kerusi panjang kat taman dalam U ni. Aku heran la jugak. Apa pulak la kali ni?
Maisara : Ain.. Akak tahu Hisyam ada cakap something kan?
Aku : Cakap apa? Apa benda la yang akak mengarut ni..
Maisara : Tak baik buat Haikal macam tu tau. Tak kesian ke kat dia?
Aku : Em... kan akak lagi sesuai dengan dia.. Kata aku perlahan.
Maisara : Ain.. Dulu. Memang akak menyesal tinggalkan dia. Sampai la akak jumpa dia balik kat sini Ain. Akak cuba rebut hati dia balik. Akak rendahkan maruah akak supaya kitorang on balik. Tapi dia tak dapat terima akak lebih dari kawan. Ain. Tiap-tiap hari nama Ain yang dia sebut. Yang dia cerita. Akak tak kisah. Asalkan dia gembira. Lepas dia jumpa Ain, Ain tau tak betapa bahagianya dia . Tapi lepas Ain tinggalkan dia, akak jadi saksi betapa deritanya dia, Ain. Tolong Ain. Jangan buat Haikal macam ni. Kesian dia. Kalau Ain sayangkan dia, cari dia. Bagitau kat dia apa yang Ain rasa. Jangan jadi macam akak. Menyesal kemudian nanti.
10 September 2010
Kata-kata Kak Maisara still aku fikir-fikirkan. Baik rupanya Kak Sara ni. Dalam beberapa hari ni, aku puas call Difzad. Semuanya failed! Nak je aku cari rumah dia. Tapi aku tak tahu kat mana. Aku termenung dalam kelas. Pensyarah tak ada hari ni agaknya. Sempat jugak aku curi dengar kawan-kawan aku mengumapat.
Ema : Haikal promosi novel kat mana sekarang?
Aida : Em.. Yang aku tahu petang ni dia gerak pergi N. Sembilan. Tempat lahir dia, isn't it?
Lisa : Yup. Ada jugak aku dengar dia nak stop study. Maybe coz dah dapat hidup dengan karya-karya dia, kot...
Aku tersentak. Difzad nak stop study?
* * *
Aku terus berlari ke tempat parking kereta Difzad. Dia tak ada kat situ. Tapi kereta ada... Aku tunggu dia.
2 jam kemudian....
Dekat 2 jam aku tunggu dia. Sampai tertidur aku sambil bersandar kat kereta dia tu. Akhirnya...
Difzad : Hello.. Buat apa kat sini? Aku terkejut n terpisat-pisat terus berdiri.
Aku : Ha! Ow. Aku tunggu kau...
Difzad : Kenapa? Ada apa-apa ke? Soalnya risau.
Aku : Betul ke aku dengar kau nak stop study? Aku yang lurus ni terus tanya.
Difzad : Kalau ye pun kenapa? Difzad cuba nak duga Ain.
Aku : Kalau kau tak ada.. aku macam mana?
Difzad : You know I'll still love u right.. So, kat mana pun aku, aku tetap sayang kau.
Aku : Tapi... kau tak boleh berhenti study.. Kau patut utamakan study kau. Untuk future kau jugak..
Time tu, kitorang dah naik kereta. Aku just ikut. Tak tahulah Difzad nak bawa aku pergi mana.
Difzad : Aku dah ada income sendiri.
Aku : No! Kau tak boleh tinggalkan, aku!
Difzad : Sebab apa?
Aku : Sebab... em.. sebab...
Difzad : Sebab apa?!! Difzad menggesa.
Aku : Sebab aku cintakan kau. Difzad berhentikan kereta.
Difzad : Apa? Aku tak dengar..
Aku : A...aku.. aku.. Tak ada apa-apa la. Jalan la balik..
Difzad : Aku tahu kau ada cakap something. Kalau kau tak cakap sekarang, aku takkan gerak kereta.
Aku : Aku suka kat kau. Aku cakap jugak. Tapi perlahan....sangat-sangat
Difzad : Cuba kuat sikit.
Aku : Aku cintakan kau........................ Aku menjerit. Difzad tersenyum.
Difzad : Aku pun cintakan kau...
Duta:
Sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu
Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu
Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….
Baizura Kahar:
Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….
Duta:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
Baizura Kahar:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu
Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
Baizura Kahar:
Hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….
Duta and Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
ku kan berjanji
menyintamu syg...