Dalam dunia zaman sekarang ni, macam-macam benda la kita dengar....
Dari kisah paling mulia hinggalah ke kisah paling hina...
Kita pun tahu kita ada kat akhir zaman...
Kenapa tak ramai lagi yang nak sedar??'
Korang semua tahu tak apa maksudnya pulang ke jalan yang diredhai??
Ya! Mungkin ramai yang alpa..
Kadang-kadang A.S pun tak terlepas dari alpa kepada-Nya...
Cuba tengok dunia sekarang..
Macam-macam kesenangan yang dicipta...
Perasan tak teknologi yang orang Kafir cipta tu untuk apa...
Bukan untuk lalaikan kita???
Kita terlena dengan kesenangan yang ada sampaikan kita tak sedar dunia ni sementara je...
Korang tak pelik ke?
Sebenarnya bukan kisah tu yang A.S nak citer sekarang...
Saja je buat hujah..
A.S nak cakap pasal orang yang PENDENGKI ni...
Apa yang bestnye jadi DENGKI?
Boleh jawab tak soalan tu?
Rasanya tak ramai yang dapat jawab...
Dengki ni kebanyakannya berpunca dengan sikap orang yang tak senang tengok orang lain lebih dari dia..
Tak bahagia ke kita dengan apa yang kita ada?
Kenapa mesti nak ambil hak orang lain..
Kisah dongeng..........
Leysha dan Aina berkawan baik... Sejak kecil lagi. Mereka ibarat kembar tak seiras. Perangai sama, hobi sama malah cita-cita pun sama. Persahabatan mereka begitu akrab dan mesra. Sampaikan mereka tidak mahu berpisah sekolah. Tawaran ke sekolah asrama yang berbeza-beza ditolak mentah-mentah oleh Leysha dan Aina kerana ingin saling berdua. Ibu bapa mereka juga sudah masak dengan perangai mereka.
Di sekolah, perangai Leysha dan Aina yang peramah, pemurah, penyayang, pengasih dan segala 'pe' lagi la(yg baik shj) disenangi oleh kebanyakkan rakan-rakan mereka. Wajah mereka yang manis dan cantik serta kulit yang putih dan licin menarik perhatian kebanyakan lelaki yang melihat. Jika ternampak pasti toleh lagi sekali.
Maisha yang dikenali sebagai gila populariti telah memecah-belahkan persahabatan mereka..
Kekasih hati Leysha dirampas olehnya...
Dituduh pula Aina yang menjadi angkara..
Berlakulah pergaduhan besar dalam sejarah persahabatan mereka...
Akibat itu...
Mereka tidak lagi bersahabat baik..
Masing-masing membawa haluan sendiri..
Leysha dan Aina menerima tawaran ke sekolah asrama masing-masing...
Hubungan mereka terpisah jauh..
Pergaduhan itu bukan berakhir di situ. Apabila sampai ke pengetahuan keluarga Leysha dan Aina yang begitu akrab, mereka turut tidak bersefahaman. Hubungan akrab itu juga retak.
Sehinggalah hari ini persahabatan mereka masih tidak pulih. Mereka tidak sedar semuanya berpunca dari satu perasaan DENGKI seorang umat yang kejam......
Sedar tak apa moral of the storyny??
Dengan sifat hasad dengki tu, kita boleh meruntuhkan macam-macam perhubungan.
Jadi, bagi sesiapa yang memiliki sifat itu, buanglah ia jauh dari diri anda...
Atau anda mungkin akan menyesal kemudian hari........

No comments:
Post a Comment