Maybe 2 3 minggu lagi baru update..
Hari ni A.S nak rangka cerpen pasal SENYUM...
Hayati dan moga terhibur...^_^
Faizle seorang yang pendiam.. Dalam diam-diam itu tak ramai yang tahu dia sebenarnya baran. Namun semua orang ada hati. Ada perasaan. Bila dah cakap pasal, perasaan, takkanlah korang tak tahu kita tengah cakap pasal CINTA sekarang. Actually, bukannya kisah cinta sepenuhnya..
Dalam diam, Faizle jatuh hati dengan gadis yang bernama Camelia. Mereka sebenarnya berkawan baik. Tapi sejak akhir-akhir ni Faizle pun cukup pelik dengan sikapnya. Faizle sanggup mengorbankan banyak benda termasuklah sikap barannya untuk memenangi hati Camelia.
Pada suatu hari, Camelia dan Faizle 'lepak-lepak' kat taman berdekatan rumah diorang. Pada hari itu, Faizle bertekad akan menyuarakan luahan hatinya terhadap Camelia. Mereka duduk di atas rumput-rumput hijau yang lapang sambil melihat langit. Awan berarak mendung sahaja. Mungkin kerana baru lepas hujan.
Faizle memberanikan diri memulakan bicara....
Faizle : Cam... Erm.. Er... Kau nak tahu something tak...
Camelia : Kau kenapa Jal... Awat ni.. Kenapa tengok aku lain macam je?
Faizle : Hrm.. Aku cakap kau jangan marah ya... Ini memang betul-betul datang dari hati aku.
Camelia : Ow.. Urm.. Apa?
Faizle : Um... Cam.. Sejak akhir-akhir ni aku mula rasa yang... aku mula rasa yang... yang... urm.. yang aku.. yang aku...
Camelia : Yang aku apa?
Faizle : Yang aku dah jatuh hati kat kau...
Suasana janggal seketika... Mata mereka masih berpandangan sesama sendiri. Camelia seolah-olah mencari kebenaran di atas apa yang baru di lafaz Faizle.
Camelia : Okey!
Faizle : Okey? Apa maksud kau?
Camelia : Urm... Ok.. Aku faham... Aku tak marah.. Cuma bagi aku masa untuk fikir.. Esok aku bagitahu jawapannya ya...
Faizle menarik nafas lega.
Faizle : Okey. Terima kasih Cam..
Tiba-tiba, Faizle ternampak pelangi di langit.. Cantiknya...
Faizle : Cam... Cuba tengok tu... Pelangi.. Lawanya...
Faizle menunjukkan jari ke arah pelangi tersebut. Lalu Camelia di pandangnya. Alih-alih mereka berpandangan...
Faizle : Eyh, aku silap.. Kau lagi lawa dari pelangi...
***********************************
Hari ini akan terjawablah semua tanda tanya yang berlegar di fikiran Faizle sepanjang malam tadi. Mereka berjanji akan berjumpa di taman, di tempat mereka berjumpa semalam. Apabila Faizle tiba, dilihat Camelia sedang menantinya.
Faizle : Hai Cam.
Camelia : Ow.. Sampaipun kau...
Faizle : So, apa keputusan kau.
Camelia : Aku mintak maaf sangat-sangat. Aku bukan tak terima cinta kau. Cuma aku rasa ini bukan masanya.
Faizle memandang rumput di hadapannya. Terasa seperti haba menggelegak di kepalanya.
Faizle : Jadi langsung tak ada kesempatan untuk aku?
Camelia : Bukan macam tu, belum masanya. Kitakan kecil lagi.
Faizle lantas melihat ke arah Camelia. Saat itu Camelia tersenyum lantas hatinya menjadi dingin melihat senyuman manis itu.
Faizle : Eyh, comel la kau senyum Cam.
-TAMAT-
Nampak tak? Dengan hanya senyuman kita mampu melembutkan hati setiap insan di muka ni. So, senyumlah tiap-tiap hari..
"Kacak luar, kacak dalam, kacak dengar sini...
Kalau saya senyum..
Awak mesti senyum sekali..
Bila kita senyum, semua orang berjangkit...
Bila semua orang senyum..
Dunia tiada penyakit..."
No comments:
Post a Comment