I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jadi la followers aq...

Tuesday, December 27, 2011

Luahan Cinta Sang Hamba

        Liana masih diam tidak berkutik. Cukuplah! Apa yang sudah berlalu, biarlah pergi bersama angin dingin malam itu. Pemergian cinta tidak bererti harus berakhir sengsara. Dirinya sendiri mahukan dia bangun. Bangun daripada semua kejatuhan. Dirinya juga sudah penat dengan semuanya. Aku tidak mampu lagi menoleh ke belakang... rintih hati kecilnya.
       Dia sudah jemu dengan air mata. Kadang-kala, jika ada esak ingin bertamu segera dibuang jauh-jauh. Berat juga bebanan itu. Ingin terus dipendam. Baginya, air mata itu langsung tidak membantu apa-apa. Namun, hati kecilnya meronta agar derita itu dilepaskan. Biarpun seketika. 
       Liana mengeluh. Apa lagi yang dia inginkan? Allah sudah tunjuk semua taburan dunia di depan mata. Dia miliki segalanya. Tiada lagilah perkara yang jika dia tidak miliki, ajal jawabnya. Setiap hari, cela yang sebesar zarah pun hendak diprotes. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kesenangan yang digenggami.
       Setiap masa, hidupnya sentiasa kekurangan. Sedangkan jiwanya sudah terbeli dengan kemewahan, Liana tidak lagi menemui kepuasan. Dirinya tidak bahagia. Kasih keluarga baginya tidak pernah mencukupi. Kesilapan yang hanyut dek hasutan syaitan durjana menjadikan dirinya mangsa! Tidak ada gembira terasa dikecapi. Walaupun, senyuman selalu beriak manja di bibirnya.
       Cinta. Kasih yang diraih oleh teman sekeliling menjadikan dirinya terasa kerdil. Terasa asing dari dunia mereka. Kealpaan membuatkan dia lupa akan kasih Allah agar dia tidak mendekati perkara yang mendatangkan kemurkaan-Nya. Hanyut dengan dunia yang fasik merasakan dirinya kehausan belaian jejaka. Bukannya dia tidak sedar, semua itu haram !
       Dia masih berjalan tanpa hala tuju. Jalan pulang luas di depan mata belum menjadi pilihan. Kebahagiaan dunia masih menjadi santapannya. Hanya bisikan halus itu mampu menggoyahkan pendiriannya. Bukannya dia tidak sedar, perjalanannya sedikit tersasar. 
       Liana masih muda. Usianya belum cukup lagi jika mahu berbicara soal keadilan. Sesungguhnya, orang yang tiada ilmu itu tiada hak menyuarakan keadilan! Jauh di sudut hati, rasa syukur sentiasa terasa namun tidak terucap. Syukur kerana nyawanya masih tersisa. Jalan pulang masih diingati. Akan tetapi mengapa hatinya agak payah mahu pulang.
      Sudahlah! Berhentilah engkau termakan dengan pujuk rayu syaitan itu! Lihatlah dirimu, Liana. Lemah sungguh imanmu. Mana perginya semangat anak solehah yang pernah ada di dalam jiwamu dulu? Bukankah itu matlamat hidupmu. Membahagiakan orang itu adalah agenda kehidupan. keluh hatinya...
      Walaupun waktu itu Liana begitu kecil tetapi keinginannya penuh kewarasan. Semua ilmu baru yang dipelajari seperti mahu diamalkan satu persatu. Dirinya yang bahagia dengan kasih keluarga mahu membalas jasa mereka. Siapa tahu, dari kecil lagi dia sudah bisa menyembunyikan tangis kehampaan.
     Fikiran yang dahulunya lapang. Tidak pernah sesak dengan kedukaan. Tidak pernah jemu dengan kegembiraan berubah menjadi sempit... kelam... Mengapa dusta kehidupan ini harus berlaku? Liana tahu, ini adalah takdir-Nya. Tetapi, bahtera bahgia dari Tuhan makin jauh darinya. Menyebabkan dirinya menyalahkan ketentuan Ilahi yang telah terjadi.
     Sekarang, sudah tiba masanya. Liana harus belajar berdiri walau disadung oleh ratusan iblis! Jika benar bahagia yang dipinta, Allah hanyalah satu-satunya jalan. Dengan agama Islammu, engkaukan bahgia. Insya-Allah. Peganglah erat-erat ketelusan cinta Maha Agung itu. Rugilah kau kalau ia terlepas lagi.
    Cukuplah keperitan itu diadukan kepada Allah. Tidak usahlah ragu dengan ketentuan-Nya. Cinta Allah itu jauh lebih bahgia. Liana menitiskan air matanya. Jika sebelum ini, mungkin air mata itu hanya untuk cinta makhluk yang membawa keperitan. Tetapi, kali ini tangisan ini membawa kebahagiaan. 
    Allah... KasihMu padaku begitu luas. Apalah dayaku hendak mengatasinya.. Jurang alpa kenikmatan perantara segalanya. Lupa pula nikmat itu datangnya dariMu. Aku cinta padaMu, Allah. Lebuh dari cintaku kepada mana-mana jejaka di atas muka bumi ini. Hanya Engkau yang mampu memberiku petunjuk. Petunjuk menghadap Ilahi! 
     Kini, Liana bertekad. Langkahnya selepas ini haruslah lebih kuat. Biarlah halangan yang tiba selepas ini ditempuhi dengan agama suci Islam sebagai pegangan. Genggaman Islam yang dicintainya itu mahu dia bawa sehingga deruan nafasnya terhenti.
      Kerendahan diri ini seperti memaksa dirinya bersujud di kaki bonda saat ini juga. Wanita itu tidak berdosa. Hanya bebanan ujian dariMu membuatkan dirinya terseksa. Tetapi aku percaya. Hanya Engkau jalan keluar segala derita ini. 
      Allah... Ya Allah... Bawalah aku jauh dari bahgia dunia ini... Ciptakanlah kebahagiaan akhirat yang menanti untukku. Biarlah seksa itu aku tanggung di sini. Janganlah Kau bawa hingga ke sana. Aku ingin berdamping denganMu di alam syurga. Allah... Hanya Engkau yang aku cintai. Kau kasihilah aku sepanjang perjalananku ke sana... Amin... Amin... Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin... 

Saturday, November 19, 2011

Tercipta Untuknya

Kita dah lama bercinta. Saya sayang awak sangat-II. Dulu, awak selalu call saya. Kita selalu berborak sampai tengah malam. Bila saya dah tertidur, barulah awak tekan button merah tu. Tapi semuanya berubah sejak hari tu.


                Masa tu, saya dekat kedai buku.  Saya tunggu awak lama. Lepas boring belek-II buku dalam kedai tu, saya mundar-mandir dalam kedai tu. Pekerja dalam kedai tu tengok saya lain macam je. Saya yang tengah bosan tu boleh pulak tak perasan acik tu tengah mop lantai. Saya jalan atas lantai yang licin tu. Tiba-tiba, saya rasa saya hampir tergelincir.
                Nasib baik, ada sorang lelaki cepat-cepat tarik tangan saya. Saya imbangkan badan. Saya terkaku tengok lelaki yang selamatkan saya tadi. Saya tak perasan awak baru masuk kedai tu. Awak panggil saya. Muka awak marah. Awak terus pergi.
                Saya terkejut bila sedar lelaki tadi masih pegang kedua-II tangan saya. Saya terus kejar awak. Dalam pusat beli-belah yang besar tu, saya tak nampak seorangpun yang macam awak. Awak hilang dari pandangan saya. Awak...awak mana? Awak tahu tak saya cintakan awak.... Hanya awak seorang.
                Bila dah penat cari awak, saya balik sebab ibu dah call. Sampai je kat rumah. Saya terus online FB. Harap-II awak online sebab saya call awak tak dapat. Awak tak online. Tapi awak ada tinggalkan mesej. Saya bukak mesej awak.
 
“Salam. Awak...
Sbnrny hri ni sy nk jmpe awk jmpe awk sbb nk bgitau ssuatu.
Mummy sy nk tunangkn sy wak. Dgn plihn dy.
Sy xnk tpi sy xde plihn lain.. sy nk jmpe awk sbb sye hrp awk dpt bntu sye..
Sy tau td awk nk jtuh, sbb tu llaki tu pegg tgn awk.. tp xtau knpe sy jelez sgt..
Sy trus pergi dri situ.. awak.. mulai hri ni.. awak bukn mlik sy lgi..
Awk b’hak cri yg lg bek dri sy.. smoge awk bhgie dgn hdp awk...
Sy syg awk..”

                Awak tahu tak betapa hancurnya hati saya bila baca mesej ni? Awak tahu tak ? ! Awak.... Kenapa cepat sangat awak pergi ? Saya masih cintakan awak.
Sedar tak sedar, sebulan tanpa awak berlalu. Hari ni, tarikh perkahwinan awak. Kad jemputan yang mak awak hantar, saya tenung. Maafkan saya, saya tak dapat hadir. Saya tak sanggup. Saya harap awak bahgia dengan perempuan pilihan mak awak.
Awak pernah cakap.

“Setinggi manapun cinta kita, ibubapa kita mestilah didahulukan.”

                Ya ! Saya hormat pendirian awak. Saya doakan kebahagian awak.

Semoga Awak Bahgia Y_Y

 #GD dah lama giler tak buat cerpen. So, ni cerpen terbaru yang agak pendek n simple. Kisah benar ke tak? Erm.. No comment...#             




               Kita dah lama kenal. Awak anggap saya sama macam kawan-II  awak yang lain. Awak layan saya macam member-II awak yang lain. Tapi, sejak akhir-II ni. Saya mula suka kat awak. Saya  mula percaya kat awak. Saya mula sayangkan awak.
                Suatu hari, kita berchatting. Awa k cakap awak suka sorang awek ni. Saya support awak usha awek tu. Awak  nampak beriya-II sangat. Mulut saya kata, moga awak berjaya. Hati pulak kata, jangan tinggalkan saya.



                Tak lama lepas hari tu, kita chatting lagi. Awak kata, awek tu tak terima awak. Sebab, dia  still sayang ex-boyfie dia. Saya kata, awak try la ambik hati dia lagi. Lama-lama, dia mesti jatuh hati kat awak. Hati pulak kata, kenapa awak tak suka kat saya je?
                Awak kata, tak apa la. Then, awak cakap nak berkawan je dengan dia. Saya lega. Entah kenapa masa tu saya nak sangat bagitau perkara sebenar kat awak. Akhirnya, saya cakap jugak.

Aku suka kat kau.” -SAYA

                Awak tak reply. Lama.... tapi akhirnya awak reply jugak.

“Carilah orang lain.” - AWAK

                Saya menangis masa tu. Saya tahu awak bukan untuk saya. Saya cuma bersedih. Sejak hari tu, kita tak pernah berhubung lagi. Awak dengan dunia awak. Saya dengan dunia saya. Saya dah tak tahu apa cerita awak sekarang.  Saya rindukan awak.
                Lebih kurang 4 bulan lepas kejadian tu, saya keluar dengan kawan-II saya. Hari ni birthday awak. Awak pernah cakap, tahun ni awak nak sambut birthday dengan makwe awak. Masa tu, awak single. Sekarang.... saya pun tak tahu.
                Kawan-II saya bawak saya jalan-II sekitar pusat beli-belah tu. Tiba-tiba, saya nampak awak dekat sebuah restoran. Tapi, awak tidak berseorangan. Ada seorang perempuan duduk satu meja dengan awak. Saya kenal dia. Dialah awek yang awak nak usha dulu.
                Saya terkaku seketika. Bila saya sedar, saya tersenyum. Ya, awak bukan milik saya !

Semoga awak bahgia.” - SAYA