I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jadi la followers aq...

Tuesday, May 31, 2011

Let we know each other, first...

"Suatu ketika dahulu...
Kutersesat dalam hidup...
 Sehingga muncul menjelma...
Rasa sayang kepadamu....
Rupanya inilah cinta...
Nikmatnya baru kurasa..
Tak terbayang bagaimana...
Hidup jika....
Kautiada...."

           
        Nama aku Nana. Aku ada sebuah keluarga. I thought I have a perfect family. Aku ada mama and papa yang sporting giler...... Cuma aku yang tak pernah sedar semua sampailah aku hilang kebahagiaan tu. Mama ngan papa rapat sangat. Tiap-tiap hari keluar and balik dari rumah sama-sama. Walaupun mama n papa sibuk uruskan Nanalisya Holdings, tapi mama ngan papa tak pernah ketepikan aku dengan adik.

         Tapi aku hilang semuanya. Gelak tawa..... Yang sentiasa buat aku tersenyum...bahagia. Semua hilang lepas kejadian tu.

4 APRIL 2008

         Hari ni genap 25 tahun umur Nana. Awal pagi lagi Mama Lina dah kejutkan Nana untuk bersiap. Mama kata Atok nak jumpa. Nana hanya mengenakan baju kurung Melayu Moden. Pakaian kegemarannya. Walaupun banyak baju lain yang lebih bergaya dibelikan mama. Nana tetap hendak memakai baju kurung. Dikenakan pula dengan tudung bawal. Menampakkan lagi kejelitaannya sebagai seorang anak dara. Nana dah besar. Puan Lina harap Nana matang untuk terima semua ini. 

        Puan Lina membawa Nana berjumpa atok di pejabatnya iaitu di Wan Deta Holdings. 

Nana :  Assalamualaikum atok.. Lama tak jumpa atok. 

Atok : Waalaikumsalam. Nana..... Hai... lawa harini.... Dah tak sabar nak jumpa bakal tunang ke?

Nana : Apa benda atok merepek ni..

           Kata Nana sambil melihat ke arah mamanya meminta kepastian. Puan Lina hanya menunduk.

Atok : Lina... Lina tak bagitahu Nana lagi ke...

         Puan Lina tetap mendiamkan diri. Melihatkan keadaan yang semakin janggal itu... Nana segera membuat olah.

Nana : Aduh... Sakit perutlah. Nana pegi tandas kejap eyh....

          Nana segera masuk ke dalam tandas di dalam bilik atoknya itu. Sementara di ruang bilik pejabat yang mewah itu......

Atok : Lina... Lina masih ingatkan perjanjian kita...

Lina : Ya pa... Lina ingat... Lina tahu... Bila Nana dah genap 25 tahun.. dia akan....

Atok : Lina nak papa ke yang bagitau dia? Lina ingat perjanjian kitakan. Dulu sebelum Lina kawin dengan papa Nana, Lina janji dengan papa akan turunkan perjanjian tu kepada Lina. Dalam perjanjian kita, anak pertama Nana akan disatukan dengan anak pertama sepupu kamu tu. Masih ingat... Kalau Nana tak dinikahkan dengan Tengku Zafren sebelum umur Lina 26 tahun.. maka berakhirlah hubungan Lina dengan papa Nana.

          Perbualan itu di dengar jelas oleh sepasang telinga yang mencuri dengar sedari tadi. Tengku Zafren? Satu-satunya ahli keluarga Wan Deta yang paling dibenci Nana! Kenapa harus dia? Kenapa tidak Tengku Ezry yang sememangnya adik Tengku Zafren. Yang merupakan kekasih hati Nana!

          Nana keluar dari tandas dengan linangan air mata yang sudah pecah.

Nana : Betul ke atok? Betul ke Nana kena kahwin dengan Tengku Zafren? Betul ke mama dan papa akan bercerai jika Nana tak turuti perjanjian tu?

Atok : Betul.. Itulah yang sebenarnya sayang.....

Nana : Tapi kenapa dia tok? Atok tahukan macam mana kitorang dari kecik. Kitorang tak pernah baik. Kami bermusuhan, tok. Kenapa dia?

Atok : Ya, atok tahu sayang. Sebab tu atok bagi masa. Kenal dia dulu.....


            Waktu pun berlalu. Hampir seminggu Nana menyepikan diri di dalam rumah sewanya. Hari ini, seperti yang dijadualkan Nana akan berjanji temu bersama Tengku Zafren. Alangkah malangnya nasib Nana. Orang yang paling dibenci olehnya harus dikahwini bagi membahagiakan kedua ibu bapanya. Nana perlahan keluar dari rumah saat mendengar hon kenderaan berbunyi. Pintu rumah dikunci. Langkah kakinya berat untuk melangkah masuk ke dalam kereta sport mewah itu. Bukannya dia tak ada kereta. Tapi mama dan atok sudah menetapkan agar mereka naik bersama.

          Kereta yang dipandu Zafren laju menyusuri jalan raya. Tempat yang hendak dituju entah ke manalah. Tahu-tahu saja mereka berhenti di sebuah taman.

 "Cantik jugak tempat ni"

         Desis hati Nana. 

Zaf : Kau tunggu sini. Kejap lagi pujaan hati kau sampai. 

         Tengku Zafren terus memasuki kawasan taman berkenaan. Tak jauh selepas dia pergi, kelihatan seorang perempuan bersama dengannya. *Dasar buaya darat!

          Tak sampai 5 minit lepas tu, Tengku Ezry sampai. Nana pantas menghampirinya. 

Ezry : Assalamualaikum, sayang? Sihat?

Nana : Waalaikumsalam. Sihat, alhamdulillah...

Ezry : Kenapa monyok je ni?

Nana : Ayie boleh tanya lagi kenapa Nana macam ni? Ayie tahukan. Cepat atau lambat Nana akan jadi milik orang lain. Bukannya dengan Ayie...

Ezry : Janganlah panik, sayang. Tengok Zaf tu relax je. Ni Nana pulak yang terlebih takut ni. Jangan takutlah.. Mesti ada caranya..

Nana : Ya, memang ada cara... Biarkan mama n papa Nana berpisah... Tak! Nana takkan buat benda tu..

Ezry : Hurm... Nana taukan Ayie tak mungkin lepaskan Nana. Apa cara sekalipun.. kita kena lalui. Tapi nak menghancurkan hubungan kekeluargaan Wan Deta.... Ayie tak sanggup..

Nana : Samalah kita... Kenapa tak Ayie je yang kahwin dengan Nana. Kan senang.

Ezry : Ayie ada tanya Atok hari tu. Tapi dah perjanjian turun temurun. Hanya anak pertama yang akan dijodohkan. Tak apalah.. Kita lupakan dulu pasal tu. Jom focus pasal kita.

         Hari itu, Nana n Ezry meluangkan masa bersama. Bersuka ria.. Untuk kali terakhir.. mungkin.. tak ada siapa yang tahu. Keesokan harinya, panggilan telefon berbunyi beberapa kali sebelum diangkat oleh Nana. Setiausaha atok kata atok suruh dia datang office. *Ada apa la pulak kali ni...


        Ketika memasuki pejabat atok, Nana nampak Ezry dan Zaf sudah berada di situ.

Nana : Atok panggil korang jugak ke?

Ezry : Yup.

Nana : For what, huh?

Ezry : Don't know.. hurm... hope nothing seriously..

Nana : Me too....

          Perbualan terhenti apabila atok masuk. Di tangannya ada sehelai sampul surat. *Harap tak ada kena mengena dengan aku.


Atok : Kamu semua tahu apa yang kamu dah buat?

Zaf : Apa dia, Tok?
 
Atok : Zaf boleh tanya Atok lagi? Habis tu ni apa?

         Atok mengeluarkan kepingan-kepingan gambar dari sampul surat tadi. Dapat dilihat dengan jelas gambar Zaf dan kekasihnya. Ada juga gambar Nana dan Ezry.

Ezry : We really can explain this, Atok. Actually......

Atok : Actually, what?!! Nana! Atok ingat Nana tak macam ni. Sampai hati korang semua tipu Atok.

Nana : Maafkan Nana, tok. Atok kena tahu.. Ini bukan kemahuan Nana...

Atok : Habis, apa kemahuan Nana? Apa?!! Apa yang Nana nak? Nana nak papa dan mama Nana berpisah? Macam tu?

         Nana hanya mendiamkan diri sambil melepaskan esakan kecil.

Zaf : Tapi Tok.. Bukan ini caranya. Kami dipaksa.... Biarlah kami tentukan jodoh kami sendiri.

Atok : Zafren... Atok rasa Zafren lagi tahu kenapa perjanjian ni harus diteruskan, kan? You will lost everything if you won't make it...

Zaf : Tapi tok.....

Atok : Atok dah buat keputusan. Ezry.. Mama Ezry kata Ezry nak lanjutkan pelajaran, kan?

Ezry : Ya, tok.. Di UiTM, Shah Alam.

Atok : Atok dah batalkan.

Ezry : Apa dia, Tok?

Atok : Petang ni, Ezry akn berlepas ke Sydney. Further study kat sana.

Ezry : Ha!

Atok : Keputusan Atok muktamad! Dan Zaf.. Ain, kekasih Zaf tu. Atok dah tawarkan setengah juta kat dia. Dengan besar hati dia terima. Memang dia tak layak berdamping dengan Zaf.

         Atok terus meninggalkan ruangan itu. Nana sudah menangis tanpa henti.

Zaf : Hey! Kalau kau menangis pun masalah boleh selesai ke?

Ezry : Zaf! Cukup lah tu.

Nana : Selamat tinggal, Ayie.

          Nana juga meninggalkan pejabat itu.

Ezry : Zaf, aku harap kau jaga Nana elok-elok. Aku kena packing. Aku dapat rasa dari awal. Kau ditakdirkan untuk dia.

Zaf : InsyaAllah..

Ezry : Tolong buang ego kau. Aku tau dah berapa lama kau tunggu dia, kan... Mungkin dia bukan untuk aku.
 
         Mereka berpelukan. Seolah tiada lagi pertemuan selepas ini.


         Malam itu, Zaf keluar bersama Nana. Ezry selamat berlepas pada petang tadi. *Kenapa awak pergi?
Zaf memberhentikan kereta ni taman kelmarin. Pemandangan lagi cantik pada waktu malam. Nana duduk di bawah sebatang pokok. Melepaskan tangisannya....lagi sekali....

Zaf : Sudah-sudahlah tu...

Nana : Kau buat apa kat sini. Pergilah kat makwe kau tu.

Zaf : Aku mana ada makwe..

Nana : Habis yang kau bawak ke hulu ke hilir tu apa?

Zaf : Tak salahkan ada ramai kawan...

Nana : Playboy!

Zaf : Hahaha.....

Nana: Apsal kau gelak?

Zaf : Tak ada apa-apa.......... Awak.. Dah la tu.. Lupakan yang lama. Buka buku baru?

Nana : Kau ni kenapa? Ber'awak' pulak dengan aku. Jangan nak jadikan aku mangsa seterusnya, ok!

Zaf : Saya serius ni. Ok, my mistakes... Dulu saya selalu cari pasal ngan awak.. Lukakan awak.. Tapi tu semua dulu..

Nana : Maksud kau?

Zaf : Atok bagi kita peluang kenal antara satu sama lain. Why don't we make it true?

Nana : Tapi aku tak nak kahwin dengan kau la!

Zaf : It's about time. Lagi lambat kita berbaik.. selagi tu la awak akan benci saya..

Nana : Habis, kau tak benci aku?

Zaf : Mungkin... ya.. mungkin.. tak... Just, listen to me.. Let we know each other, first..

Nana : Hurh....... nak tak nak.. memang terpaksa jugak...


to be continue....................




Tuesday, May 03, 2011

SaYa JaNjI.........

New post to share!!
Hope you guys like it!! ^!^



          Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa kini. Marah? Entahlah..... Gembira? Jauh sekali.... Si Dia dah tak berhubung dengan aku sejak kejadian itu. Kalau terserempak kat sekolah pun, seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku. Si Dia hanya berlalu tinggalkan aku sorang-sorang. Aku perlukan penjelasan dari dia. Tak sanggup lagi tunggu semua ini.

         Aku still ingat apa yang dia kata malam tu.......

Si Dia : Awak... Esok saya nak jumpa Maira ye. Saya nak terangkan semuanya. Saya nak dia tahu antara          saya dengan dia tak ada apa-apa. 


Aku : Hrmm... Saya tak kisah. Asal awak tahu apa yang awak buat. And don't break the promises....


Si Dia : Ye awak.... Saya janji...


        Keesokannya, dia berjumpa dengan Maira untuk terangkan semuanya. Semua kekacauan yang serba sebanyak menganggu hubungan kitorang akhir-akhir ni.Aku tak tahulah sama ada Maira sengaja atau semuanya salah faham. Kalau sengaja, kenapa dia mengaku pada semua orang yang Si Dia pakwe Maira. Bila ditanya 'betol ke?' Maira sendiri akan cakap Si Dia yang inginkan hubungan diorang.

        Aku sendiri tak tahu apa yang berlaku pada hari itu. Aku ada jugak nampak Si Dia on the way nak jumpa Maira. Tapi selebihnya aku tak tahu apa-apa. Malam tu, semua mesej aku langsung tak dibalas oleh Si Dia. Setiap call akhirnya jadi missed call. Aku sabarkan je la diri. Sentiasa aku ingatkan diri aku.....

"MeStI AdA SeBaB"

        Aku tekad. Dah lebih dua minggu! Aku tak boleh terus diamkan diri. Aku kena tahu semuanya hari ni. Masa rehat, aku letakkan nota ringkas kat bawah meja dia. Tak ada cara lain lagi.... 

"Jumpa kat dalam kelas pukul 3 petang ni....
:::Maira:::"

         Aku tunggu dia. Masa dia nak masuk kelas, Si Dia nampak aku. Dia nak patah balik tapi aku... 

Aku : Tunggu!

        Si Dia berpaling. 

Aku : Kalau saya cakap saya yang nak jumpa mesti awak tak datangkan. Tolong jangan lari. Saya nak cakap sikit.

Si Dia : Awak nak cakap apa?

Aku : Kenapa awak larikan diri dari saya? Apa salah saya? Apa yang Maira cakap kat awak?

        Dia diamkan diri....lama......

Aku :  Kenapa diam?

 Si Dia : Kau boleh tanya lagi apa salah kau? Kau tanya diri kau sendiri. Apa yang aku buat tiap-tiap hari dengan Shafiq? Dah tiga minggu aku perhatikan. Memang betul la apa Maira kata. Kau main kayu tiga dengan aku!  Suruh orang jangan mungkir janji konon.....

        Terkejut betol aku bila dituduh macam tu.

Aku : Hei! Awak jangan tuduh melulu! Awak tak tahu apa-apa...

Si Dia : Nak tahu apa lagi? Dah terang-terang kau gelak-ketawa dengan Shafiq tiap-tiap petang kat sekolah ni. Apa lagi yang kau nak aku tau? Nak aku tahu yang kau tu curang? Perempuan apa? Yang tak ada maruah? Berkepit dengan laki 24 jam?

Aku : Baik kau tutup mulut kau!

        Aku tak sanggup lagi dengar semua tuduhan tu. Aku berlari keluar dengan esakan yang tidak henti-henti. Kenapa dia salah ertikan semua ni? Kenapa dia mesti salah anggap kat kawan baik dia sendiri. Shafiq! Bukan ke Shafiq kawan baik dia sejak diorang kecil. Kenapa dia tak percayakan kitorang?

       Malam tu, aku menangis sepuas-puasnya. Rancangan untuk esok......aku langsung tak batalkan. Biar la rancangan itu terus berjalan. Sia-sia jugak kalau dibatalkan pada saat-saat akhir.


12.3.04
        Aiman masuk ke sekolah pada hari dalam keadaan yang kusam. Dia tak sangka begini jadinya. Apa yang Leya katakan semalam seolah-olah Leya langsung tak bersalah. Sepatutnya hari ni disambut dengan gembira. Bukannya sedih macam ni....

        Aiman melangkah perlahan ke dalam kelasnya tanpa sedar apa yang sedang berlaku. Bila dia melihat ke situasi di dalam kelas.. tiba-tiba.....

Rakan Sekelas : SUPRISE!!!!!!!!!!!!! HAPPY BIRTHDAY AIMAN!

       Shafiq datang mendekati Aiman yang dengan tergamam.

Shafiq : Relax bro. Cover sikit muka tu. First, kau tak perlu terima kasih kat kitorang. Yang plan semua ni yang layak dapat special thanks dari kau.

Aiman : Siapa?

Shafiq : Siapa lagi? Leya la.... 3 minggu dia plan ngan aku tau....

       Kata Shafiq sambil tunjuk ke arah Leya yang tak berminat meraikan Majlis Hari Jadi itu. Aiman lantas menghampiri Leya. 

Aiman : Kenapa awak tak bagitahu awal-awal... Kan senang... 

       Leya hanya diam. Melihat muka Aiman jauh sekali..

Aiman : Awak... Maafkan saya... Terima kasih untuk semua ni.. Tolong... forgive me...

        Lembut sungguh hati Leya mendengar rintihan tu.

Leya : Janji jangan sakitkan hati saya lagi..... Lama saya tunggu tau....

Aiman : Saya janji...

        Kata Aiman sambil mengangkat tangan seolah-olah sedang berikrar. Mereka sama-sama ketawa..... 
Akhirnya tawa itu hanya milik mereka bersama.... 




Monday, May 02, 2011

kini.....Aku lagi kenal dia... :D

        
       Dekat sekolah, aku umpama 'another me'. Jiwa aku betol-betol lain. Aku kenalkan nama aku kat korang as Aira Syarmila

Dekat sekolah......
       Aku seorang yang periang. Setiap benda yang aku buat mesti akhirnya aku tersenyum....ketawa..... Aku ada macam-macam jenis kawan. Percintaan.... Memang tak asing lagi bagi remaja macam aku. Tapi mahu mencuba.. Tidak sekali.. Entahlah.. Bukan sebab aku ni tak pernah terlekat dengan mana-mana laki. Tapi semua yang nak masuk line ni tak pernah aku anggap lebih dari kawan. Kawan terbaik yang aku penah jumpa. Yang sentiasa buat aku ketawa. 
       Suatu hari, aku kenal seorang lagi kawan. Aku boleh kenalkan dia sebagai AN. Kitorang tak adalah rapat mana dalam kelas. Tapi aku start kenal dia pun dari 'fesbuk'. Bagi aku kalau dah kawan semua aku layan sama. Laki ke perempuan ke. Cuma batas kenalah jaga. Aku relax-relax je kawan ngan semua orang. Tapi ramai kata aku rapat ngan laki. Aku tak kisah orang nak kata apa. Sebab bagi aku kawan ngan laki lagi bagus. 

"Coz lelaki tau camne nak layan perempuan"

       Dekat sekolah, aku just rapat ngan AN bila kitorang buat kerja kursus sama-sama. Asyik ada je benda yang sama jadi kat kitorang. Suratan atau kebetulan.... aku pun tak tahulah. Mungkin tak sengaja ter'sama' kot. Hurh... aku malas nak letak angan-angan. Senang berkawan dengan dia yang open-minded. Terbaik....
Suatu hari bila kitorang chatting. Kitorang berkongsi macam-macam. Tiba..........


AN : Aku suka kau la.....
Aku : ..........................
AN : Tak adalah. Aku gurau je.

        Aku bukan tak nak bagi repond masa tu. Cuma aku terkejut. Kalaulah dia tahu sebenarnya aku berharap jugak....

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali



       Apa boleh buat. Dia bergurau je tadi tu. Aku pun buat derk je la. Lagipun bagi aku takut nak letak harapan yang tinggi kat dia. Biarkan la dia dengan hidup dia. Aku dah tak nak kacau dah. Cukuplah aku datang dalam hidup cuma hanya untuk tambah koleksi kawan yang dia ada. Lagipun...

      AN..... aku sendiri tak tahu nak describe dia macam mana. Apapun setakat ni aku senang kawan dengan dia. Aku rasa kitorang tak adalah rapat sangat. Biasalah tu.. Kawan-kawankan. Tapi........


Kawan A : Kau rapat la ngan AN. Kau suka dia eyh...............
Aku : Apa benda kau mengarut ni. Kitorang kawan je la. Kalau aku suka dia dah lama aku masuk line tau.


     Aku tak tahulah nak cakap apa dengan semua ni. Aku tak naklah orang cakap aku syok sendiri. Biarlah aku nafikan buat masa ni. Suatu petang ni, aku tengah boring tunggu kawan aku. Unit beruniform dah habis dah perjumpaan tapi dia still tak keluar. Adoi, lambatlah....
    Tengah tunggu tu aku pun pergilah call guna public phone sekolah. Call mak aku je sebenarnya. Nak gtau aku balik pukul berapa. Lepas tu aku pun pergilah kantin lak hantar beg. Aku tengok lantai je masa tu. Aku tak perasan lak AN ngan kawan dia ada kat area kantin tu. Sorry to say la. Dah tak dapat nak lari dah.
  
Kawan AN : Takkan nak balik dah kot.
Aku : Tak adalah. Nak letak beg je.

    Dalam pada tu aku pun duduk je la kat kantin uh. Hajat hati nak buat homework. Tak lama pastu.

AN : Aira.. nak nombor.
Aku : Untuk apa?
AN : Saja nak tambah kenalan.......

    Kitorang tak borak lama bila unit beruniform kawan aku dah keluar. Aku bagi kertas kat dia suruh dia tulis nombor dia atas alasan aku lupa nombor aku berapa. Memang betul pun....

        Tiada angin.. Tiada ribut.. Angin malam tu sepoi-sepoi bahasa je. Malam tu semuanya termetrai antara kami. Terluahlah segalanya. Antara aku dan dia. Antara dua hati yang rupanya mempunyai rasa yang sama. Tak sia-sia aku tunggu dia. Biarlah kisah malam tu jadi rahsia.

Sekarang, macam-macam dah berubah. Aku tak adalah rapat dengan dia kat sekolah. Malu la katakan. Aku jugak lagi kenal siapa dia yang sebenarnya. Aku rasa beruntung sebab apa yang aku tunggu selama ni tak sia-sia. Lagu kitorang pun sentiasa aku dengar masa aku teringatkan dia...



  Ada yang kata cinta monyet tak tahan lama. Aku tak kisah. Kita belajar dari pengalaman dan pengalaman itulah yang mematangkan kita. Semoga aku dapat belajar sesuatu dari perkara ini... amin...