I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jadi la followers aq...

Friday, March 18, 2011

Dan sebenarnya, hahaha....

Ada satu cerita yang A.S suka sangat-sangat...
Hahaha.. memang senyum je bila tahu cerita ni..
Lawak pun ada.. Hampa pun ada...
Huhuhu..
Nasib baik dapat lesen dari orang tu...
Have fun! ^_^/=_=/^!^



Aku ni jenis tak suka couple. Tak main la. Malas nak layan. Bazir masa je. Tapi dalam diam aku ada la tersuka kat sorang budak ni. Dia ni baik sangat. Aku ni kalau suka orang aku tak nak la nak kecoh-kecoh. Tapi aku suka kacau budak ni. Aku suka buli dia. Aku mintak duit la. Aku kutuk dia la. Yang aku suka, dia tak marah pun. Dia bagi je duit tu bila aku mintak. Dia tak kisah pun, tapi itulah yang aku suka.

Pada suatu hari ni, kawan baik aku la pulak couple dengan dia. Aku tak adalah kecewa kot. Kawan baik akukan. Takkan aku nak mengamuk pulak. Rezeki dia agaknya. =_='. Kawan baik aku ni pun yang tahu aku suka budak tu bukan main lurus bagitahu budak tu yang aku suka dia.

"Awak, awak tahu tak kawan baik saya tu suka kat awak. Saya tak kisah pun..."


Sejak hari tu, dia selalu jugak mesej-mesej dengan aku. Aku tak adalah layan sangat. Makwe kawan aku tu. Tapi tak lama lepas tu, kawan baik aku tu putus dengan dia. Aku relaks je. Lama-lama, entah macam mana dia cakap dia suka aku?



"WOW!!! Dia suka aku la. Aduh.."


Mula-mula, aku tak layan pun. Bahaya! Abang dia kawan baik abang aku tu. Tak pasal-pasal kantoi ngan abang aku nanti. Hush! Tapi kawan baik aku ni paksa-paksa lak aku couple dengan dia. Aduyai!!! Aku setuju tapi dengan satu syarat.

"Syaratnya, kau kena couple jugak. Baru aku couple dengan dia."

Entah nasib aku tak baik sangat pulak masa tu. Tak lama lepas tu kawan aku betul-betul lak couple dengan orang lain. Bengang betul aku tapi dalm hati suka. ^_^
Sebab aku ni berpegang kepada janji. Aku tunaikan jugak janji aku. Mula-mula aku takut jugak kalau-kalau kantoi dengan abang aku. Tapi lama-lama tu tak ada la takut sangat.

Nasib aku memang tak berapa baik agaknya. Entah macam mana boleh pulak kantoi dengan kakak aku. Nasib baik dengan kakak aku, boleh lah cover sikit-sikit. Bila dah kantoi tu, aku terpaksa la clash dengan dia.

Walaupun kitorang dah tak bersama, aku still contact dengan dia. Ada jugak keluar dengan dia kadang-kadang. Kalau korang tanya aku, aku suka dia lagi ke tak? Jawapan aku,

"Ya! Mestilah suka!"



TAMAT


Aku suka sangat kisah ni.
Harap suatu hari nanti diorang sama-sama jugak.. Hehe..
Hope they happy together! ^_^ 

Sunday, March 13, 2011

Pakwe boleh cari lain, tapi kawan?

Hari ni, apa kata kita bercakap pasal persahabatan pulak.
Sebelum tu, kita hayati dulu cerpen ni...


        Aku bengang betul. Macam-macam masalah menimpa aku hari ni. Lepas satu, satu. Adik beradik aku tak habis-habis bergaduh pasal wasiat peninggalan arwah atok yang diserahkan kepada kami adik beradik. Aku sebagai anak bongsu hanya mampu berdiam diri. Bukan aku heran sangat pasal harta atok tu. Walaupun separuh daripada harta tu sepatutnya hak aku seorang. Tapi ini lain pula yang jadi. Aku jadi tak terurus. Pening aku jadinya. Kalaulah ibu dan ayah sudah pulang dari Mekah sekarang. Mesti semua masalah ni dah lama selesai.

         Di tambah lagi dengan kehilangan buku log pengawas. Aku pula yang kena tanggungjawab hanya sebab aku yang bertugas kemas bilik pengawas semalam padahal kunci bukan dekat aku. Aku tak masuk pun bilik pengawas semalam. Apa ni? Aku tak tahan betullah.

         Aku terus masuk kelas walaupun sekarang ni waktu rehat. Aku nak tenangkan diri sekejap. Baru je aku duduk nak lelapkan mata tiba-tiba............

Miera : Sofi. Kau pergi mana tadi? Puas aku cari kau.

Aku : Aku pegi bilik pengawas tadi.

Jawab kuringkas. Sebenarnya aku tengah panas ni. Ada pulak yang kacau aku time macam ni. Miera tu kawan baik aku. Sejak kecil lagi.

Miera : Sofi. Aku tengah sedih sangat ni. Aku tengah ada masalah. Family aku Sofi. Papa dengan mama gaduh lagi. Aku tak tahu nak buat apa. Tulah aku terus cari kau. Lagi satu. Iwan, Sofi.  Dia buat hal lagi la. Ada ke cuti hari tu dia keluar dengan Hanis. Mana boleh macam tu, tak adil la...
Lepas tu sukati diorang je nak main-mainkan aku. Ingat aku ni tak pera.................

Aku : Apa aku heran dengan Iwan kau tu Miera. Pedulik apa aku. Kau yang cari pakwe, kau tanggung la sendiri. Buat apa cari aku. Menyemak je. Kau tau tak aku penat.

              Buat pertama kalinya, aku menengking Miera. Miera seakan-akan terkejut. Matanya merah tiba-tiba lalu Miera terus berlari keluar. Aku hanya melihat dia dan segera duduk. Lega tiada lagi yang mengganggu aku. Tetapi....

Shafiq : Apsal lak tu Sofi. Tiba-tiba je kau marah Miera. Sebelum ni kau rapat giler dengan dia.

Shafiq ni salah satu kawan lelaki aku yang rapat dengan aku. Dia selalu tolong selesaikan masalah aku.

Aku : Dia tu! Dia ingat dia seorang je ada masalah. Cuba kau bagitahu aku sekarang. Apsal aku pulak yang kena dengar semua masalah dia. Kau bagitahu sekarang. Time aku susah dia tak tolong pulak.

Shafiq hanya berdiam lalu mengambil sehelai kertas dan menulis sesuatu. Lantas kertas itu diberikan kepadaku.

Shafiq : Aku nak keluar rehat la. Kalau aku cakap dengan kau sekarang mesti kau naik angin lagi.

Mataku hanya melihat langkah kaki Shafiq keluar dari kelas. Aku terus membaca isi kertas tadi.

"Kau kena dengar semua masalah dia sebab kau tu KAWAN BAIK dia, Sofi.
Miera KAWAN BAIK kau.
Kau tak patut buat dia macam tu."

Aku lantas meraup mukaku.

"Kesian Miera"




Jadi kawan-kawan, dalam keadaan apapun kita kawan tu penting. Jangan pernah sekalipun abaikan kawan. Kalau pakwe boleh cari lain, tapi kawan?
Janganlah sebab diri sendiri kita sanggup hilang kawan yang mungkin 1 dalam 1 000 000.
Renung-renungkan dan selamat beramal!






    

Saturday, March 05, 2011

Andai Awak Tahu...

Assalamualaikum...
Kisah terbaru..



Pada masa ini, aku terasa sakit sekali. Entah kenapa hati aku sakit sangat. Aku rindukan dia tapi dia. Dia adalah seorang pelajar yang nakal. Playboy? Langsung tidak. Walaupun dia nakal, aku tahu dia baik. Kawan-kawan perempuanku selalu bertegur sapa dengannya. Dia layan je diorang tapi dia tak pernah sekalipun pandang aku.

Dalam fesbuk, kitorang rapat. Selalu tukar-tukar cerita. Dia selalu tegur aku dalam fesbuk. Dia pandai bergurau. Selalu buat aku ketawa. Tapi dekat luar tak pernah tegur pulak. Aku terasa hati. Dalam diam aku mula suka dia. Aku berharap dengan dia. Tapi dia? Lama aku tunggu tapi....... aku penat. Aku dah tak sanggup tunggu. Tapi aku jugak tak boleh lupakan dia.

Akhir-akhir ni dia banyak tanya pasal seorang kawan aku ni. Lama-kelamaan barulah aku sedar. Dia sukakan kawan aku tu. Dia nak kenal kawan aku tu melalui aku. Hampanya hati aku. Aku tak mampu buat apa-apa. Aku tak boleh marahkan kawan aku yang mungkin adalah sahabat satu dalam sejuta. Aku tak mungkin marahkan dia juga kerana dia adalah pendengar yang terbaik aku pernah ada.

Aku tak dapat buat apa-apa. Aku hanya diamkan diri. Pendam perasaan yang berkecamuk ini. Kepedihan ni tak pernah reda bila dia mula mendekati kawan baik aku. Hubungan kami juga mula regang. Dia tak lagi menegur aku mahupun nak bergurau dengan aku. Bila dia jumpa kawan aku, aku selalu temankan diorang. Aku hanya tengok diorang gelak ketawa sama-sama. Hati aku cukup terluka.

"Indahnya bagi diorang. Bagi aku..."
Tak lama lepas tu, kawan aku cakap diorang dah 'couple'. Hurm... aku terluka sangat. Malam tu aku menangis sepuas-puasnya. Mungkin sudah cukup aku tunggu dia. Mungkin dah tiba masanya aku lupakan dia. Dia miliknya kawan aku. Aku tak mungkin khianati persahabatan kami. Biarlah aku bawa kepedihan ini pergi. Ayah ada memberitahu jika aku ingin memasuki asrama penuh. Kerana terlalu sakit, aku memilih untuk pergi. Tinggalkan semua kenangan di sini. Biarlah luka ini aku seorang yang rasa. Aku akan bawa diri dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka.
"Awak...Terima kasih kerana mengizinkan saya mengenali awak..
Tak pernah rasanya saya di layan seindah itu..
Awak kenangan manis saya..
Juga kenangan pahit saya..
Maafkan saya...
Bukan saya tak nak bagitahu..
Tapi saya takut, takut awak tak ada apa yang saya rasa...
Seandainya awak tahu perasaan saya...
Biarlah saya pergi...
Semoga kita berjumpa lagi..
Saya harap awak bahagia..."

Mistakes Can Change Anything

Many people make mistakes in their life..
Correction!! Not MANY but EVERY people make mistakes in their life..

Kalau korang buat silap dekat seseorang, tak apalah kalau dia forgive and forget... How if not?
Kita selalu ingat "Ek, eleh.. Silap sikit je.. Sorry la..."
Tapi yang 'silap sikit' tulah bagi result yang sangat-sangat teruk...

Based on my experince, the mistake that 'he' done had changed a lot... Everything.. Every single day of my life totally change than before... I always miss my past... But past is past.. I can't turn around... I have to move on.. But how can I move on if my past is a biggest part of my future... I can't even stand alone.. I need all of my strenght that left in 'my past'...

But, what can I do... I'm useless... All my step just make other people in trouble.. I always do that... It's me.. I can't change myself...I hope everyone can accept me just the way I am..

So, guys... Hati-hati bila buat sesuatu benda. Jangan ambil mudah... Jangan fikir benda tu, "Bende kecik je bro.. Rileks la.." Maybe some people can forgive and forget but other people will not.. The other people will remember your mistakes... Ya.. memaafkan tu bagus... Dalam Islam pun menggalakkan kita saling memaafkan..

Tapi kita manusia biasa.. Kita tak hidup lagi dalam zaman para nabi dulu... Iman dan sabar junjungan nabi SAW memang tiada tandingannya.. A.S rasa zaman sekarang ni hanya 1 dalam 1 000 000 je ada orang macam tu.. Betul tak?

A.S tak adalah cakap A.S ni perfect sangat... Tapi berkongsi apa yang baik tu tak salahkan... Tapi jangan pulak kita dah selalu buat salah asyik nak cari salah orang je... Cuba bersabar... Think positif...

Maybe some people doesn't understand in what I'm talking about... Sorry.. I'm not an expert speaker..