I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jadi la followers aq...

Friday, September 09, 2011

Kau lagi!! (Mainan Cinta) Bab 1 : Part 1

         

      Hari ini adalah hari pertama persekolahan Rayana Damia di MRSM Selangor. Pastinya pelbagai perasaan  bercampur baur ketika ini. Di samping sedih meninggalkan teman-teman lama, Rayana turut berasa gemuruh.
         
         Kegemilangannya ketika PMR tidak bermakna usahanya sudah ternoktah. Rayana harus membanggakan ibubapanya sekali lagi untuk SPM kelak. Rayana tahu ibubapanya berbangga dengan pencapaian Rayana apatah lagi dia berjaya mengambil tempat di sekolah berasrama penuh.

         Setelah mengetahui kelasnya di 4 Saidina Ali, Rayana bersama teman barunya, Miera bergandingan ke kelas berkenaan. Keadaan kelas tersebut agak bising. Mungkin penghuninya adalah pelajar lama. Jika tidak, pasti mereka akan terdiam tidak berkutik sepertinya kini.

         Rayana mencari-cari tempat kosong di dalam kelas yang kelihatan sesak itu. Dirinya semakin gelisah apabila Miera telah bertemu sahabat lamanya ketika sekolah rendah lantaran mendapatkan tempat kosong untuk dirinya sendiri. Sudah tentulah dirinya sudah tidak dihiraukan.

        Sedang Rayana dalam keadaan terpinga-pinga dalam suasana baru itu, seorang pelajar lelaki menyapanya. "Kau cari apa?", suaranya seakan-akan hendak menolong.

        "Ada tempat kosong lagi tak?" Rayana begitu berharap 'Zaqril E' iaitu nama yang tertera di kemejanya dapat membantu. "Ow... Itu... Setahu aku temoat tu memang tak ada pemilik.", Zaqril menunjukkan satu tempat kosong paling di belakang. Rayana memang tiada pilihan.

        "Okey. Terima kasih," Rayana terus melangkah namun tawa kecil dari lelaki tadi kedengaran. Entah apa yang ditertawakan. 

        Melihat seorang guru memasuki kelas, Rayana segera meletakkan beg di tempat tadi. Salam diberi. Para pelajar dibenarkan duduk sebelum guru itu berbicara, "Bagi yang belum kenal saya, nama saya Aisyatul Laila selaku guru kelas kamu semua pada tahun ini. Saya sudah sedia maklum ada lebih kurang 8 orang pelajar baru di dalam kelas ini. Sila perkenalkan diri."

        Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan diri. Apabila tiba giliran Rayana, Rayana berdiri dengan pantas kerana berdebar-debar. 'Prakkk.....' Satu bunyi kedengaran. Rayana termangu seketika apabila seluruh kelas ketawa sambil melihat ke arahnya. Setelah itu, barulah dia menyedari dialah yang mengeluarkan bunyi tadi.

        Rayana tercari-cari dari mana datangnya bunyi tadi. Alangkah terkejutnya dia apabila menyedari bajunya terkoyak. "Hai.. Mangsa baru mengena lagi. Apalah nasib baju terkoyak hari pertama, ek." suara itu disambut dengan gelak-tawa.

        Rayana terasa ditampar-tampar mendengar sindiran itu apatah lagi dirinya dijadikan bahan ketawa pada waktu itu. "Gam UHU tu. Susah nak cabut kot." 'Ha? Gam? Mana budak tu tahu?'. Rayana mencari siapa pemilik suara tadi. 'Eh, Zaqril E!'.

        Hari pertamanya bersekolah, musuh pertama telah ditemukan. Apalah nasib badan...

                               
Pertama Kali Kita Berjumpa

Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman

Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan

Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Whoaaa.....Hoaaaa...

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu


(Music Bridge)

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu



No comments: