Aku percaya. Dalam zaman yang moden ni, manusia pun dah 'memodenkan' diri mereka sekali. C.I.N.T.A. Orang ramai classify cinta tu dalam banyak benda. Cinta tu buta la.. Cinta tu indah la... Cinta tu ibarat bunga la... N bla bla bala...
Bagi aku, cinta tu adalah satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah. Tak salah untuk mencintai, n tak salah untuk dicintai. Cinta adalah benda terindah yang ingin dimiliki umat manusia ni. Tapi..... cinta zaman sekarang ni dah disalah takrifkan!
Contohnya... Side 1 sanggup bagi apa je untuk Side 2 sebagai bukti cinta dia pada Side 2. Ha??? Bagi apa je?? Betul ke? Sampai sanggup korbankan maruah sendiri. Hey, stupid idiot!!!! Jangan ingat orang putih yang tersohor sebagai penakhluk dunia pada zaman sekarang, kita pun kena ikut cara hidup diorang!
Sebagai kaum hawa, kita bukan hidup untuk menunduk kepada lelaki. Lelaki wujud untuk dijadikan ketua. Tapi jangan pulak sebab tu korang nak tunduk dengan semua kehendak ketua syaitan dalam diri diorang.
Der!!!!! Aku bukannya dengki ke apa.. Just because aku single mesti ramai orang akan cakap, "Eleh.. Kau jeles la tu sebab kau tak ada pakwe" atau "Lebih-lebih lak kau. Cuba kau kat tempat aku." atau " Bajet je minah ni." atau "Aku ada orang sayang. Kau ada??!!" atau "Da!! Whatever!!".
Cuba korang fikir baik-baik... Kalau betul la bf korang tu sayangkan korang, apa salahnya dia buktikan cinta tu dengan satu ikatan perkahwinan. Kenapa mesti mahkota wanita yang perlu dipertaruhkan??!!!
Aku cuma cakap benda untuk universal age. Actually bagi budak yang tak cukup umur macam aku, tak perlu lagi bercinta kot... Cuba fikir, apa yang pakwe korang boleh bagi kalo bercinta umor bwh 18 ni?? Bukan masanya la sayang.... Belajar betul-betul dulu. Kalau betul dia sayang korang.. dia akan tunggu korang sampai dia n korang dah berjaya nanti.
Lagipun, cinta bukan hanya dinikmati dengan kekasih. Apa salahnya menyayangi/mencintai famly, sahabat? Cinta itu memang indah kalau tak disalah gunakan. Allah berikan cinta agar kita dapat lebih memahami Islam dan tulus menyayangi-Nya dan Rasulullah SAW. Bukan mempersendakannya..
Kawan-kawan.... Allah mempunyai Cinta yang paling luas sampai kita sendiri tak terfikir seluas mana. Cukuplah kita abdikan cinta kepada Allah, kerana Allah pasti membalas cinta yang teragung di jalan-Nya.
P/S : Love ALLAH more than everything.. Cause Allah
will create the most suitable Lover for you.
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik n lelaki yang
baik adalah untuk wanita yang baik.
No comments:
Post a Comment