I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jadi la followers aq...

Thursday, June 09, 2011

Haruskah ku bertanya......

       


         Aku Ain. Aku ada sorang kawan. Nama dia Difzad. Difzad seorang kawan yang baik. Aku kenal dia masa aku pergi perpustakaan awam (PA) untuk cari bahan buat tugasan. Perkenalan yang agak memalukan sikit la.

9 Ogos 2008

         Aku masuk ke dalam PA. Nasib baik pagi tu tak ramai orang. Senang sikit nak buat kerja. Aku ambil semua buku yang ada kena mengena dengan bahan yang aku nak cari. Tangan aku boleh cakap penuh la. Lepas tu aku terus pergi ke meja yang aku selalu duduk tu. Baru je nak duduk tetiba...

Difzad : Hello.. Tolong duduk tempat lain. Ni tempat aku. Kata seorang lelaki yang entah dari mana agaknya. Well... sapa yang nak cari pasal ngan kau ni? Nahas aku kerjakan karang.

Aku : Apa hello-hello? Bagi salam sikit ea? La, ni tempat kau ke? Takde nama kau pun kat sini. By the way, aku sampai dulu okey! Jangan nak memandai. Ni la mulut aku. Pantang orang cakap sikit. Aku balas banyak.

Difzad : Eyh, perempuan. Kau mesti ahli barukan. Tak pernah nampak pun lubang hidung kau kat sini . For your information, aku ni pendatang tetap kat sini tau tak. Tiap-tiap hari aku datang. And ni tempat aku biasa duduk. Tak pernah ada sesiapa pun yang penah rebut tempat ni dari aku. Aik. Ni da lebih. Mamat ni! Aku dah sampai dulu. So, aku punya tempat la. Dia kata aku budak baru? Eyh, sorry sikit. Aku tiap-tiap hari datang. Tapi petanglah. Tak pernah nampak pun taik mata dia.

Aku : What the hell! Ada aku kisah! Siapa cepat dia dapat. Siapa lambat lu nangis la kat nenek lu. Nak sangatkan. Tengok aku dah ber'lu' 'wa' dah.

Difzad : Eyh, kau ni! Harap je pakai baju kurung. Pakai tudung. Tapi mulut kurang ajar gak ni. Aku tak kira! Ni tempat aku! Kau darjah berapa ha, Pendek? Sesuka hati nak gaduh ngan senior lak ni. Apa? Dia panggil aku, Pendek??!! Ni dah lebih. Walaupun aku pendek tapi aku dah cukup besar la. Cuma fizikal aku je dikurniakan pendek.


Aku : Darjah? Mulut tu nak cakap siang pandang-pandang, malam dengar-dengar ok! Aku tingkatan 4 la! Engkau tu berlagak besar sangat! Tingkatan berapa?


Difzad : Ha? Budak pendek macam kau tingkatan 4, muda setahun dengan aku? Tak percayalah. Aku pun tak tahu macam mana kitorang boleh berkenalan lak kat situ.

Aku : Ah, papelah. Kau bla!


Difzad : Ah, tak ada. Kau yang bla! Kata dia sebelum duduk kat meja tu. Aku terus hentakkan buku aku kat atas meja tu. Lantaran menarik perhatian penghuni PA tu.

Aku : Wei! Apa benda kau ni! Aku tak heran kau pendatang tetap ke apa. Yang aku tau aku sampai dulu ni tempat aku. 


Difzad : Ada aku heran ke, ha! 


Aku : Woi, galah! Bla la!!! Tempikku memandangkan dia tu tinggi sangat. Sakit tengkuk kalau tengok dia berdiri. Bila aku cakap 'Galah', dia terus bangun.

Difzad : Hoi! Kau jangan kurang ajar dengan aku, Pendek! 


Aku : Sapa yang kurang ajar dulu? Kau ke aku? Dia baru nak balas apa yang aku cakap tu tapi...............

Cik Anida : Dua-dua yang kurang ajar dulu buat bising kat dalam PA ni. So, dua-dua keluar sekarang. Kata penjaga PA tu. Dengan berat hati kitorang terpaksa keluar n terpaksalah aku tangguhkan tugasan aku tu. Sampai je luar pintu PA tu... aku still tak puas hati.

Aku : Puas hati kau sekarang, Galah? Dia diam tapi pandang aku. Aku jadi pelik. Muka dia blur je. Tak lama tu dia gelak.. Kau kenapa? 


Difzad : Tak de menda.. Hahaha... Em.. Nama kau sapa ha? Aku yang still pelik tu jawab ke soalan dia.

Aku : Ain. Awat kau ni? 


Difzad : Owh, Ain... Ok, Ain... Sorry for tadi. Aku bla dulu! Baru selangkah dia pergi aku halang.

Aku : Wei? Nama kau?


Difzad : Lain kali... Aku pelik.

Aku : Ha? Pe maksud kau? 


Difzad : Kita jumpa lain kali. Baru aku bagitau nama aku. 


Aku : Kalau camtu aku consider nama kau as Galah je la.. Ok? Dia hanya tersenyum dan berlalu pergi.

        Itulah kali pertama aku jumpa dia. Mysterious orangnya. Sejak hari tu, aku mesti jumpa dia setiap kali aku pergi PA. Aku makin kenal dia. Ya, aku dah bagitau tadi. Nama dia Difzad. Susah jugak nak tahu. Itupun aku tahu lepas aku ugut nak baling kamus kat muka dia. Baru tergagap bagitau nama.
        Walaupun mula-mula kenal dia, dia kurang ajar. Tapi lama-lama aku kenal dia yang baik hati. Dia selalu teman aku buat kerja kat PA tu. Cik Anida pun pelik macam mana kitorang boleh rapat sedangkan dulu bukan main bergaduh. Sambil dia teman aku, dia baca novel! Mula-mula, aku pun tak percaya. Patutlah dia suka lepak PA. Mat Jiwang rupanya.
         Dia layan aku dengan baik. Berkongsi rahsia, cerita... Dia selalu puji aku. Tiap kali tu jugaklah aku kembang semangkuk. Dia kata aku walaupun pendek, tapi comel. Dia kata aku ayu. Dia kata aku pandai jaga diri. Dia kata aku ni mesti Muslimah yang baik. Aku just senyum tiap kali dia kata macam tu.
         Dia pun apa kurangnya. Senyuman dia manis sangat. Dalam diam aku mula suka dia. Tapi sebagai seorang Muslimah yang still belajar. Aku kena lupakan dulu semua tu. Tapi makin lama aku makin sayang dia. Kemas aku pendam benda tu dalam hati. Aku teringat masa birthday aku.

21 Oktober 2008

Difzad : Ain. Hari ni birthday kau kan?


Aku : Yup...


Difzad : Ow... Itu je? Mula-mula aku dah terasa hati. Tak kan tu je! Hampeh betul... Tapi nak buat macam mana. Aku diam je la.. Tak lama lepas tu, dia bersuara.. Alolo... Monyoknya muka. Takkanlah aku kejam sangat cakap camtu je. Nah..


         Senyum lebar aku bila dia suakan satu kotak. Tak sabar nak tengok isi kotak tu.

Aku : Thanks Jad. Jad. Nama pendek dia yang aku cipta sendiri. Aku terus buka kotak tu. Rantai! Loket rantai tu tertulis 'Haina'...

Aku : Haina??


Difzad : Gabungan nama kita. FYI, nama penuh aku Difzad Haikal. Kan nama penuh kau Ain Syafina.  
Aku gabungkan....


Aku : Wow... thanks Jad. I'm speechless... 


Difzad : Ni tanda kita kawan.... 


         Pandai hargai kawan. Bagus la dia tu. Cuma satu hari.. baru aku tahu dia rupanya ada girlfriend.

Difzad : Ain... sedih la...


Aku : Kenapa ni Jad?


Difzad : Aku baru lepas putus dengan makwe aku..... frust la... Aku terkejut.

Aku : Kau ada makwe? 


Difzad : Pernah ada... kata Difzad. Nadanya macam berat je. Aku menyembunyikan rasa sakit di hati ni.

Aku : Macam mana boleh putus? 


Difzad : Dia kata dia nak bebas.

Aku : Don't worry la Jad. Korban la sikit. Kalau kau betul sayang dia...  Walaupun berat tapi aku lafazkan jugak.

Difzad : Aku pun buat macam tu la. Aku sayang dia sangat-sangat.  Pedih hati aku dengar ayat aku. Tapi nak buat macam mana. Sabar je la. Dia tengah sedih tu.

          Sejak hari tu, hampir tiap-tiap hari dia cerita pasal 'makwe' dia tu. Hampir semua benda dia cerita. Tiap kali cerita tu la dia akan cakap yang dia rindu Maisara. Hanya Tuhan je la yang tahu sakitnya hati aku. Rupanya aku berangan sorang-sorang je selama ni. Tapi tak apalah. Takkanlah sebab ni aku nak korbankan persahabatan kitorang. Aku mungkin nakkan hati dia. Tapi aku tak nak hilang dia just sebab tu. Untuk dia, aku dengarkan je la.
         Cuma.... lama-lama aku tak tahan jugak kalau tiap-tiap hari dengar nama minah tu. Sikit-sikit Maisara. Sikit-sikit cakap Maisara suka buat tu la.. buat ni la. Tak suka itu la. tak suka ini la. Ingat aku nak tahu sangat
ke kisah hidup minah tu?!! Suatu hari aku dah tak dapat tahan dah....

       
4 Disember 2008

         Tengah Difzad asyik buka cerita pasal minah tu.. aku terus berdiri n cakap aku nak balik.

Difzad : Eyh, sabarlah. Aku belum habis cerita lagi ni. Dia tahan aku.


Aku : Hurh.... Asyik-asyik pasal ex kau, kalau dia baik sangat dia tak tinggalkan kau la. Aku terus bla dari situ.

         Difzad tergamam. Pelik. Hairan. Difzad merenung kembali tempat duduk Ain. Baru dia perasan ada satu buku Ain tertinggal kat atas kerusi dia duduk tadi. Difzad ambil buku tu. Tertera ' Nota Sejarah ' di atasnya. Dia teringat Ain kata kena pulangkan minggu depan. Mungkin dia patut simpan dulu.
         Sampai sahaja di rumah, Difzad merebahkan diri di atas katil. Kata-kata Ain tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Kenapa Ain cakap macam tu? Tak ikhlas ke di dengar semua cerita aku selama ni? Pelbagai persoalan berlegar di fikiran Difzad.
         Buku Nota Sejarah Ain di ambil. Entah kenapa buku tu menarik perhatiannya. Difzad melambung-lambung buku tu. Tetiba ada satu kertas melayang keluar dari buku tu. Difzad pantas menyambut. Kertas itu terlipat kemas. Dia masih berkira-kira nak buka ke tak. Perasaan ingin tahu lebih banyak nampaknya. Dia terus buka dan baca.

'Luahan Hati...

Hari ni dia masih bercerita tentang bekas kekasihnya...
Aku hanya terdiam seribu bahasa... 
Hati aku masih terfikir apa yang aku nak buat..
Berdiam diri?
Sama je macam aku terus lukakan diri sendiri...
Luahkan perasaan?
Aku takut aku akan hilang seorang kawan terbaik yang aku pernah jumpa...
Aku keliru antara diri sendiri n persahabatan...
Tapi aku tak sanggup tahan rasa ni...
Difzad...
Kau tak sedar ke aku anggap kau lebih dari kawan?
Difzad..
Kenapa nama Maisarah yang aku dengar dari mulut kau?
Difzad...
Kau anggap aku sebagai kawan je ke?
Aku sayang kau....
Lebih dari seorang kawan...
Aku janji aku jaga rantai 'Haina' baik-baik...

3 Disember 2008'

         Difzad meraup mukanya beberapa kali. Jadi Ain sukakan aku? Kenapa kau tak sedar selama ni? Difzad merenung kertas yang di coretkan Ain semalam dan akhirnya tertidur.

5 Disember 2008 

         Aku cari buku nota Sejarah di segenap ruang PA tu. Aku yakin aku tinggalkan kat sini. Risaunyalah macam ni. Dah la dalam tu ada..... ala!!! Mana ni...

Difzad : Kau cari ni? Difzad menyuakan buku nota aku.

Aku : Thanks. Kakiku terus melangkah.

Difzad : Kau nak pergi mana. Takkan cepat sangat nak pergi..

Aku : Aku nak cepat. By the way, maybe ni last time kita jumpa. Aku akan pindah kat Selangor. Duduk ngan akak aku. Bye Difzad.. Jaga diri baik-baik. Maafkan qku kalau aku ada buat salah kat kau. Aku doa semoga kau temu jodoh dengan Maisara. Assalamualaikum. Aku terus pergi.

Difzad : Waalaikumsalam. Sayu saja jawapan salam tu.

         Sebenarnya, aku nak pergi Selangor lagi seminggu. Biarlah aku sorang-sorang kat rumah. Aku tak sanggup tinggalkan dia pada hari terakhir aku stay kat sini. Aku nak lupakan dia dulu.Walaupun aku baru kenal dia beberapa bulan. Tapi aku macam dah kenal dia lama. Aku mesti rindu dia nanti.
         Malam tu... aku tengok gambar-gambar yang kitorang pernah ambil bersama. Radio macam tau-tau je perasaan aku. Lagu tu pulak yang dimainkan. 



Haruskah... Aku menanti..
Haruskah.. Aku cinta kamu..



         Ain menangis. Kali pertama hati dia di ambil orang. Kali pertama juga disakitkan. Kenapa aku kena jatuh cinta dengan orang yang tak cintakan aku? Kenapa? Difzad............

Pada waktu yang sama.......

         Difzad masih terfikir. Kenapa Ain nak tinggalkan aku secepat ni? Dia tak tahu ke aku perlukan dia? N aku baru sedar aku perlukan dia lebih dari seorang kawan.. Ain....


Adakah diriku kau tak perlu lagi
Adakah cintaku kau tak perlu lagi
Adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku
Adakah insan lain bertakhta di hatimu
Hinggakan dirimu mengubah cintamu
Manakah janjimu yang kau beri dulu kepada diriku
Kau pernah berkata cintamu adalah selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu
Kau kata kau cinta
Sayangku dengarlah rintihan hatiku
Ingin kau kembali seperti dahulu
Kenangan di jiwa membuat ku rindu kepada dirimu
Kau pernah berkata cintamu adalah selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu
Kau kata kau cinta
Kiranya diriku kau tak perlu lagi
Simpanlah kenangan cinta kita di hati
Walaupun sukar, ku akur kali ini
Biarlah ku pergi
Maafkanlah ku bertanya


9 Jun 2010

         Ain melangkah ke dalam perkarangan UNISEL tu. Hari ni hari pertama aku masuk U. Aku terus mendaftarkan diri. Akak Lina tak dapat nak temankan. Ada kerja katanya. Aku no hal. Sorang-sorang pun boleh. Pengalaman mematangkan aku. Aku jadi orang yang lebih mudah berdikari sekarang.
        Lepas tu, aku terus ke cafe. Aku nampak satu meja. Tempat dia strategik. Well... aku suka tempat yang special ni. Aku terus pergi situ. Bila aku nak duduk je tetiba ada sorang Mamat Mereng ni...

Mamat Sengal : Hello.. Tolong duduk tempat lain.. Ni tempat aku.. Aku berpaling. Sorang mamat stylo la jugak dengan spec hitam n topinya. Buat aku tak nampak muka dia.

Aku : Apa hello-hello? Bagi salam sikit ea? La, ni tempat kau ke? Takde nama kau pun kat sini. By the way, aku sampai dulu okey! Jangan nak memandai. Bidasku.

Mamat Sengal : Eyh, perempuan. Kau mesti freshiekan. Tak pernah nampak pun lubang hidung kau kat sini . For your information, aku ni pendatang tetap kat sini tau tak. Tiap-tiap hari aku datang. And ni tempat aku biasa duduk. Tak pernah ada sesiapa pun yang penah rebut tempat ni dari aku.

Ain : What the hell! Ada aku kisah! Siapa cepat dia dapat. Siapa lambat lu nangis la kat nenek lu. 

Mamat Sengal : Eyh, kau ni! Harap je pakai baju kurung. Pakai tudung. Tapi mulut kurang ajar gak ni. Aku tak kira! Ni tempat aku! Kau batch berapa ha, Pendek? Sesuka hati nak gaduh ngan senior lak ni. 

Ain : Ha? Pendek? Macam pernah dengar......

Mamat Sengal : Kenapa? Nickname sendiri pun lupa ke? Kata mamat tu sambil bukak spec hitam dia.. Macam pernah kenal...

Ain : Difzad.............





















No comments: