Kisah terbaru..
Pada masa ini, aku terasa sakit sekali. Entah kenapa hati aku sakit sangat. Aku rindukan dia tapi dia. Dia adalah seorang pelajar yang nakal. Playboy? Langsung tidak. Walaupun dia nakal, aku tahu dia baik. Kawan-kawan perempuanku selalu bertegur sapa dengannya. Dia layan je diorang tapi dia tak pernah sekalipun pandang aku.
Dalam fesbuk, kitorang rapat. Selalu tukar-tukar cerita. Dia selalu tegur aku dalam fesbuk. Dia pandai bergurau. Selalu buat aku ketawa. Tapi dekat luar tak pernah tegur pulak. Aku terasa hati. Dalam diam aku mula suka dia. Aku berharap dengan dia. Tapi dia? Lama aku tunggu tapi....... aku penat. Aku dah tak sanggup tunggu. Tapi aku jugak tak boleh lupakan dia.
Akhir-akhir ni dia banyak tanya pasal seorang kawan aku ni. Lama-kelamaan barulah aku sedar. Dia sukakan kawan aku tu. Dia nak kenal kawan aku tu melalui aku. Hampanya hati aku. Aku tak mampu buat apa-apa. Aku tak boleh marahkan kawan aku yang mungkin adalah sahabat satu dalam sejuta. Aku tak mungkin marahkan dia juga kerana dia adalah pendengar yang terbaik aku pernah ada.
Aku tak dapat buat apa-apa. Aku hanya diamkan diri. Pendam perasaan yang berkecamuk ini. Kepedihan ni tak pernah reda bila dia mula mendekati kawan baik aku. Hubungan kami juga mula regang. Dia tak lagi menegur aku mahupun nak bergurau dengan aku. Bila dia jumpa kawan aku, aku selalu temankan diorang. Aku hanya tengok diorang gelak ketawa sama-sama. Hati aku cukup terluka.
"Indahnya bagi diorang. Bagi aku..."
Tak lama lepas tu, kawan aku cakap diorang dah 'couple'. Hurm... aku terluka sangat. Malam tu aku menangis sepuas-puasnya. Mungkin sudah cukup aku tunggu dia. Mungkin dah tiba masanya aku lupakan dia. Dia miliknya kawan aku. Aku tak mungkin khianati persahabatan kami. Biarlah aku bawa kepedihan ini pergi. Ayah ada memberitahu jika aku ingin memasuki asrama penuh. Kerana terlalu sakit, aku memilih untuk pergi. Tinggalkan semua kenangan di sini. Biarlah luka ini aku seorang yang rasa. Aku akan bawa diri dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka.
"Awak...Terima kasih kerana mengizinkan saya mengenali awak..
Tak pernah rasanya saya di layan seindah itu..
Awak kenangan manis saya..
Juga kenangan pahit saya..
Maafkan saya...
Bukan saya tak nak bagitahu..
Tapi saya takut, takut awak tak ada apa yang saya rasa...
Seandainya awak tahu perasaan saya...
Biarlah saya pergi...
Semoga kita berjumpa lagi..
Saya harap awak bahagia..."
No comments:
Post a Comment